Siakap Keli
kos kosongkan tangki septik
Gambar: TikTok IWK

Ramai Pening, Berapa Sebenarnya Kos Kosongkan Tangki Septik? Ini Jawapan “Direct” Indah Water

Ramai Pening, Berapa Sebenarnya Kos Kosongkan Tangki Septik? Ini Jawapan “Direct” Indah Water

Setiap rumah moden pada hari ini sudah tentu memiliki sekurang-kurangnya sebuah tandas untuk kegunaan isi rumah.

Namun begitu, pernah tak anda terfikir selama ini, ke manakah air sisa kumbahan pergi setiap kali anda selesai mengepam tandas?

Tempat yang dituju tak lain tak bukan adalah tangki septik bagi sistem pembetungan bukan bersambung. Menurut portal Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, terdapat lebih satu juta tangki septik individu di seluruh Malaysia.

Persoalannya, adakah anda sedar kepentingan tangki septik ini dan hubungannya dengan kesejahteraan anda?

Namun pertanyaan lebih besar yang perlu dijawab, adakah anda tahu bahawa tangki septik perlu dikosongkan mengikut jadual dan masa-masa tertentu?

Tangki septik yang tidak dikosongkan akan berisiko mendatangkan mudarat dan mencemarkan alam sekitar. Oleh sebab itu, mengikut saranan IWK, tangki septik individu hendaklah dikosongkan sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

Jadi, berapa pula kos untuk mengosongkan tangki septik ini?

Menurut portal IWK, kos yang dikenakan untuk mengosongkan tangki septik adalah berbeza-beza mengikut kategori rumah.

Anda boleh merujuk paparan tangkap layar di bawah sebagai rujukan.

kos kosongkan tangki septik

Bagaimana pula mahu mendapatkan perkhidmatan IWK bagi mengosongkan tangki septik?

Anda tidak perlu risau, mengikut IWK, pihaknya akan mengeluarkan notis pemberitahuan untuk melakukan kerja pengosongan tangki septik ini kepada semua pemilik tangki septik dan pelanggannya.

Begitupun, jika anda inginkan perkhidmatan pengosongan lebih awal, anda boleh membuat tempahan dengan melayari laman web IWK di iwk.com.my.

@iwk_official

Ramai sebenarnya yang pakai tangki jenis palong ni, tapi lupa kena kosongkan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Panggil kami untuk sedut. #fyp #indahwater #OpsSedut #EraBaharuAir #NewLifeForWater

♬ original sound – Indah Water Konsortium – Indah Water Konsortium

Belia harus dipupuk menjaga alam sekitar

Seperti yang kami kongsikan di atas, tangki septik yang tidak dikosongkan mengikut jadual boleh melimpah keluar dan mencemarkan alam sekitar.

Walaupun perkara ini mungkin kecil bagi sesetengah pihak, namun impaknya cukup besar kepada kehidupan kita dan generasi akan datang.

Jadi, untuk anda yang mempunyai minat dengan kelestarian alam sekitar dan kepimpinan, apa kata anda sertai program PERANTIS IWK, iaitu satu inisiatif untuk memperkasa belia dan menanam minat untuk memelihara Bumi kita.

https://www.facebook.com/IndahWaterKonsortium/posts/pfbid025PcPVeJVL7XUFp6atjN5tjCFh65fNSDCeqBVD3MVPcToxjMHNMpczyAug8SbpN99l

PERANTIS IWK ini dibuka khusus untuk pelajar sarjana muda dan siswazah tahun akhir yang mempunyai minat dengan kelestarian alam sekitar dan pembangunan insaniah.

Melalui PERANTIS IWK, peserta akan belajar tentang kelestarian alam, membina kemahiran komunikasi, memupuk keupayaan memimpin dan mencipta kempen media sosial.
Menariknya, program ini diadakan dengan kerjasama NK Communications, iaitu syarikat latihan komunikasi yang diketuai oleh selebriti Natalie Kniese.

kos kosongkan tangki septik

Boleh belajar banyak perkara dalam PERANTIS IWK

Dalam program ini juga, peserta akan melibatkan diri dalam kurikulum yang menggabungkan aspek pengetahuan teori dan pengalaman praktikal.

Para peserta juga akan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk terus berkembang maju dalam persekitaran dinamik masa kini.

Selain itu, program latihan yang dibuat juga akan dikendalikan oleh jurulatih profesional yang berpengalaman dan akan dilaksanakan di fasiliti IWK.

Di akhir program, peserta akan menjalani penilaian oleh panel yang terdiri daripada para jurulatih dan wakil dari IWK.

Tiga peserta bakal bawa pulang RM1,000 masing-masing

Lebih manis, tiga peserta terbaik pilihan para jurulatih dan wakil daripada IWK akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 seorang.

Malah, mereka juga akan ditawarkan dengan peluang pekerjaan atau latihan industri bersama IWK, dan yang paling penting, program ini adalah percuma! Lumayankan?

Okay, macam mana nak sertai PERANTIS IWK? Mudah sahaja, anda cuma perlu mendaftar secara dalam talian melalui pautan ini https://forms.gle/Q94uGNZHCV7zmebi6.

Tarikh pendaftaran pula dibuka bermula sekarang sehingga 20 Jun ini dan seperti yang dimaklumkan, program ini adalah PERCUMA.

Peserta yang terpilih akan dimaklumkan menerusi email dan program PERANTIS IWK akan bermula pada 13 Julai. Manakala tiga pemenang prgram ini akan diumumkan pada 21 Julai.

Kriteria dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk menyertai PERANTIS IWK

Syarat-syarat penyertaan pula adalah seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ijazah sarjana muda atau transkrip semester akhir
  • Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Warganegara Malaysia atau pemegang Pemastautin Tetap

Syarat lain yang perlu dipatuhi adalah peserta perlu memastikan mereka boleh menghadiri latihan pada tarikh di bawah:

  • 13 Julai 2024
  • 14 Julai 2024
  • 15 Julai 2024
  • 20 Julai 2024
  • 21 Julai 2024

Mudah je kan? Jadi, apa tunggu lagi, daftar segera program PERANTIS IWK di https://forms.gle/Q94uGNZHCV7zmebi6.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web, Facebook atau hubungi IWK menerusi email di [email protected].

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.