Siakap Keli
kanak-kanak maut didera suami isteri ditahan
Kredit Bernama

Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Didera, Suami Isteri Ditahan

Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Didera, Suami Isteri Ditahan

IPOH, 11 Jun (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Taman Malkop di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan sekitar 9.45 pagi semalam selepas kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.

“Mangsa dipercayai merupakan anak angkat kepada seorang wanita berusia 27 tahun dan lelaki (66 tahun) yang telah diberkas semalam, suspek merupakan pasangan suami isteri,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

BACA: Pesawat Bawa Naib Presiden Malawi Dilapor Hilang

Beliau berkata terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul selain luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur.

Abang Zainal berkata pihaknya akan membuat permohonan reman melibatkan kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

“Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 0 013-6282176 atau tampil ke mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti