Rupanya Ini Maksud Stiker Huruf A, C, T, KA Yang Ditampal Pada Lori
Lori merupakan sebuah kenderaan muatan berat yang sering digunakan sebagai medium untuk penghantaran barangan dalam kuantiti yang besar seperti padi, minyak, kargo, balak dan banyak lagi barangan sama ada domestik ataupun import.
Jadi, tidak hairan mengapa lori memiliki bentuk yang lebar termasuk ukurannya yang panjang untuk menampung jumlah penghantaran dalam satu masa.
Di jalan raya, kita dapat melihat pelbagai rupa bentuk lori dan treler bermula dari kepalanya hingga ke bahagian belakang. Tetapi, perasan atau tidak, pada bahagian kepala lori dan badan atau tangki atau kargo yang dibawa mempunyai huruf?
Adakah ia hanya diletakkan saja-saja atau mempunyai makna yang tersendiri dalam sistem atau agensi dalam negara? Timbul persoalan berhubung perkara ini dalam kalangan netizen mengenai maksud di sebalik huruf-huruf ini.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsi maksud di sebalik huruf-huruf yang dilekatkan pada badan kenderaan muatan berat ini di bawah.

Maksud Huruf Pada Lori
Sebenarnya, huruf-huruf tersebut sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) di bawah Dasar Pelesenan.
Lori Pembawa ‘A’
Bagi lori berlabel ‘A’, kenderaan berat ini membawa barangan untuk sewa atau upah bagi atau berhubung dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan.
Untuk lori berlabel ‘A’ di badan kenderaan adalah perkhidmatan bukan kontena. Ia beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia.
BACA: “Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga
Lori Pembawa ‘C’
Manakala lori berlabel ‘C’ ini pula membawa barangan sendiri bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan.
Lori ini juga beroperasi penuh di Semenanjung Malaysia.
Lori Pembawa ‘KA’
Sementara itu, lori yang berlabel ‘KA’ pula merujuk kepada lori yang membawa muatan kontena, lapor Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) .
Lori ini beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia sama seperti lori penanda ‘A’
Lori Penanda ‘T’
Menurut P.K. Wawasan Setia Sdn Bhd, sebenarnya stiker yang terdapat pada lori ini bukanlah merujuk kepada permit pelesenan, sebaliknya ia bermaksud ‘Treler’.
Semoga bermanfaat.
@firdauszainal88 Reply to @along_garfu #🤣🤣 #foryoupage #fypシ #fyp #pilotdarat #abglori #abgkargo #belalangkunyit #abgjarangpulang
Sumber: TikTok @firdauszainal88, (SPAD), (APAD)