Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ini Sejarah Penggunaan Mata Wang Ringgit Malaysia
Tahukah anda, tarikh 12 Jun merupakan tarikh bersejarah Malaysia apabila kita mula menggunakan mata wang Ringgit secara rasmi?
Perkataan ‘ringgit’ bagi merujuk kepada mata wang sebenarnya telah lama digunakan iaitu melebihi 500 tahun dahulu.
Cumanya ketika itu, ringgit merujuk kepada mata wang dolar Sepanyol yang bentuknya bergerigi. Perkataan ‘ringgit’ digunakan kerana pada asalnya ia membawa maksud gerigi menurut Kamus Bahasa Melayu.
Selain ringgit, dahulunya pelbagai mata wang digunakan untuk urusan perniagaan di Malaysia. Menurut Majlis Keselamatan Negara, antara mata wang kertas lama ialah wang kertas Estet Constantinopole, wang kertas Kerajaan Jepun, duit Pitis Keping Kelantan, wang kertas negeri-negeri Selat dan Malayan Dollar, duit kertas Malaya dan Borneo Utara, wang Borneo Utara, Dollar Sarawak, Penang Dollar dan keping Terengganu.
Berikut merupakan sejarah ringgit yang berlaku sejak tahun 1967:
Menteri Kewangan ketika itu, Tun Tan Siew Sin, menguar-uarkan rekaan baharu mata wang Ringgit.
“Wang baharu yang ditempah dari London tiba di Port Swettenham (kini dikenali sebagai Pelabuhan Klang) pada 17 Mei, dengan kawalan ketat melibatkan 19 kenderaan tentera. Ia kemudian dibawa ke Pejabat Mata Wang Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam dan disimpan di situ sebelum diagihkan.
“Sehari sebelum digunakan secara rasmi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ismail Mohd Ali mempersembahkan album set wang Ringgit pertama bernombor siri A00001 kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah,” lapor Astro Awani.
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil alih pengurusan pengeluaran mata wang dari Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo.
BNM mengeluarkan wang kertas siri pertama menggunakan perkataan Ringgit.
Namun simbol yang digunakan bukanlah RM. Simbol mata wang negara ketika itu ialah tanda dolar, $.

BNM mengeluarkan wang kertas nilai $1000.
BNM mengeluarkan wang kertas nilai $20 dan $500.

Dipetik dari laman sesawang rasmi BNM, reka bentuk wang kertas siri ini berasaskan perhiasan, ukiran kayu dan hasil kerja tangan tradisi Malaysia.
BNM mengeluarkan wang kertas nilai $10, $50 dan $100.
BNM mengeluarkan wang kertas nilai $1, $5 dan $1000 sempena ulang tahun penubuhan Bank Negara Malaysia yang ke-25, 26 Januari 1984.
BNM mengeluarkan wang kertas dengan reka bentuk baru. Ia juga dilengkapkan dengan beberapa ciri keselamatan tambahan supaya wang kertas tersebut lebih sukar untuk dipalsukan.
BNM menghentikan pengeluaran wang kertas $1.
BNM mengeluarkan wang kertas nilai RM2.
Wang kertas RM2 merupakan wang kertas pertama yang menggunakan reka bentuk baru dengan simbol ‘RM’.
Wang kertas nilai $500 dan $1000 tidak lagi sah diperlakukan.
Transaksi tunai dalam mata wang Ringgit kini adalah berbentuk wang kertas yang bernilai RM100, RM50, RM20, RM10, RM5 dan RM1. Penggunaan dalam bentuk wang syiling juga digunakan iaitu 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen.

Bagaimanapun, penggunaan wang syiling satu sen telah dihentikan pada 1 April 20o8. Ia dilakukan kerana mekanisme membundarkan nilai kepada nilai lima sen terhampir telah diperkenalkan.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara, Awani, Jabatan Penerangan Malaysia, Bank Negara Malaysia,