Siakap Keli
VW Touareg suv

VW Touareg, SUV Abah-Abah Tapi Harga Rumah “Landed”

VW Touareg, SUV Abah-Abah Tapi Harga Sama Dengan Rumah “Landed”

Dalam pemanduan, keselesaan akan menjadi faktor utama sebelum kita membeli sebuah kereta selain dari bajet dan rupa bentuk. Jika bajet kita tiada had, sudah pasti kita bebas memilih apa jenis jenama dan model untuk menjadi jentera harian kita.

Sebab itu juga setiap jenama membuka peluang untuk pelanggan mamndu uji kereta terlebih dahulu sebelum setuju untuk beli kerana membeli kereta adalah komitmen jangka masa panjang. Penyesalan selepas terima kunci tiada gunanya lagi.

Baru-baru ini, Volkswagen meminjamkan sebuah SUV mewah mereka kepada SK untuk merasai pengalaman memandu sebuah kereta yang berharga sama dengan sebuah rumah atas tanah. Kereta SUV yang SK maksudkan adalah Volkswagen Touareg.

Keselesaan Tanpa Batas

Pertama kali SK meletakkan badan dalam kabin Touareg ini, hanya “selesa, selesa, selesa” sahaja perkataan yang terpacul dari bibir mugil SK. Penulisan ini pun tidak mampu untuk menceritakan tahap keselesaan yang ada dalam VW Touareg ini.

SUV ini memiliki kelebaran 1,984mm, ketinggian 4,902mm dan wheelbase sehingga 2,903mm. SK seorang yang berbadan besar dan ‘sihat’ pun sangat menikmati keselesaan yang hakiki dalam kabin Touareg ini. Ruang bahu, kaki dan kepala sehingga mencapai tahap SK tak terasa berada dalam sebuah kereta. Memang setara dengan harganya.

Tempat duduk belakang juga dilengkapi dengan arm-rest, cup holder dan juga pendingin hawa boleh laras. Ruang dalam arm-rest juga disertakan dua port pengecasan jenis C dan menyokong pengecasan pantas peranti anda.

Untuk tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan, disertakan dengan pemanas tempat duduk untuk digunakan ketika berada dalam cuaca sejuk melampau. Kedua-dua tempat duduk hadapan juga boleh laras secara elektronik menepati standard Touareg sebagai SUV mewah.

Untuk pemandu pula, stereng pemandu juga dilengkapi dengan pemanas stereng jika tangan tiadak selesa dengan pendingin hawa yang sejuk sepanjang masa. Di bahagian hadapan juga disertakan port pengecasan jenis C dan agak mengecewakan SK tidak jumpa pengecasan tanpa wayar dalam SUV ini.

SUV  Reka Bentuk Abah-Abah

VW Touareg ini kalau diperhatikan sekali pandang, gadis-gadis sukar nak tertarik dan tak sama macam mereka pandang Honda, Mercedes atau BMW. Sebab rekaan  SUV VW Touareg ini lebih mudah kita katakan sebagai reka bentuk ‘abah-abah’. Tidak terlalu sporty, tidak banyak rekaan luaran yang ‘tajam-tajam’ dan setiap bucu lebih kepada membulat.

VW Touareg suv VW Touareg suv

Namun, walaupun golongan abah-abah lebih tertarik dengan rekaan macam ini, VW tetap memuatkan ciri-ciri moden di bahagian luar kereta ini. Seperti lampu nyalaan siang (DRL), lampu depan  meggunakan IQ LIGHT HD iaitu lampu terkini dengan nyalaan lampu tinggi anti-silau.

Selain itu, ada juga diselit lampu pantauan titik buta (Blind Spot Monitor). Lampu belakangnya pula sepenuhnya LED dan nyalaan lampu sehingga ke logo VW di belah belakang. Memang mempersonakan bila logo VW pun diwarnai warna merah waktu malam. Cuma SK kurang berkenan dengan pembuka pintunya yang terlalu membonjol.

Rekaan Dalaman Persis Kondo Mewah

Selain dari keselesaan, tempat duduk dan stereng tadi, rekaan dalaman SUV ini memang sesuai dengan harga. Hampir keseluruhan dashboard adalah soft touch ala-ala kulit gitu. Selain itu, skrin sesentuh 15 inci yang sangat responsif. Jari anda lagi 1mm nak sampai skrin dia dah kesan jari anda nak sentuh bahagian yang mana.

Sambungan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar juga melengkapkan skrin sesentuh mewah yang lebih besar dari iPad Air 4th Gen ini. Setiap inci dalam kereta ini diwarnai strip LED yang langsung tidak mengganggu mata anda. Ia nampak sangat sesuai dengan kecerahan sebegitu.

SK tak pandai sangat untuk menilai kualiti audio tapi VW Touareg ini didatangkan dengan audio pembesar suara dari Dynaudio. Mungkin anda lebih arif dengan jenama-jenama speaker kan? ‘Siling’ dalam kabin juga keseluruhannya dibalut dengan warna hitam dan suasana dalam kabin lebih nampak gelap dari biasa.

VW Touareg suv

Selain ruang dalam kabin yang luas dan selesa, bonet Touareg ni sangat besar dan mungkin antara yang terbesar dalam kelasnya. Bonet kereta sahaja 810L tapi dalam kabin masih luas dan selesa. Bonet Touareg juga dilengkapi dengan Auto Power Boot.

Pemanduan

Sepanjang hampir seminggu memandu di dalam bandar dan lebuh raya, SK boleh katakan handling SUV ini secukup rasa. Tidak membuai ketika selekoh tajam dan badan kereta respon dengan tepat ketika stereng diputar. Kereta ini dilengkapi dengan 6 mod pemanduan ( Normal, Eco, Sport, Snow, Individual)

Ketika SK memilih mod Sport, tujahan minyak lebih responsif berbanding mod Normal dan Eco yang seakan ada 0.1-0.2 saat ketika pedal minyak ditujah. Mungkin juga perasaan SK sahaja sebab SK bukanlah biasa memandu kereta mewah ni.

VW Touareg suv

Apa yang lagi menarik, kereta ini dah siap dengan Air Suspension sekali dan juga boleh dipandu dalam keadaan off-road. Secara keseluruhan, pengalaman pemanduan untuk pemandu biasa memang sedaplah. Boleh pilih mod pemanduan yang sesuai dengan cara kita memandu.

Tentang penggunaan petrol pula, SK ada pandu dari Selangor ke Melaka untuk satu tangki penuh. Sampai semula ke Selangor masih ada baki separuh dalam tangki dengan mod pemanduan normal dan eco. Ohh ya, tangki petrol Touareg ni berkapasiti 100L.

Kesimpulan

Apa yang boleh SK simpulkan, Volkswagen Touareg adalah sebuah SUV mewah yang berbaloi dimiliki oleh orang-orang kategori T20 kerana harga jualan sebelum insurans adalah RM469,990. Dengan tanda harga sebegitu, jelaslah SUV ini bukan untuk golongan B40 mahupun M40 seperti kita.

SUV ini juga SK boleh katakan kereta yang paling selesa yang pernah SK pandu. Sebelum ini pernah cuba pandu Vellfire dan Alphard yang kategori MPV tu pun tidak mampu menandingi tahap keselesaan yang ditawarkan Touareg.

VW Touareg, SUV Abah-Abah Tapi Harga Sama Dengan Rumah “Landed”

Maklumat lanjut VW Touareg

BACA JUGA: Beraya Dengan Toyota Corolla Cross, Pandu 1,800km Isi Minyak 3 Kali Je

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.