Siakap Keli
Datuk Nenek Zayn Dibebaskan
Gambar: BERNAMA

Datuk, Nenek Zayn Rayyan Dibebaskan Hari Ini

Datuk, Nenek Zayn Rayyan Dibebaskan Hari Ini

PETALING JAYA, 13 Jun (Bernama) — Datuk dan nenek kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

“Mereka hanya ditahan 24 jam untuk diambil keterangan dan akan dibebaskan hari ini. Pembebasan akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, mereka tidak akan dibawa ke mahkamah,” katanya.

BACA: Polis Tahan Datuk & Nenek Zayn Rayyan

Semalam Bernama melaporkan pasangan suami isteri itu ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor pada pukul 2.30 petang di kediaman mereka di Puncak Alam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Pasangan suami isteri itu ditahan selepas menghadiri prosiding merekod pengakuan ibu kanak-kanak itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 2.30 petang semalam.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"