“Didikan Yang Baik Dari Ibu Ayah” – Pasangan Duriankimchi Tuai Pujian, Pandai Didik Anak
“Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya” adalah pepatah lama yang tidak asing lagi. Mungkin kedengaran klise, tapi tepat sekali.
Di era moden yang serba mencabar ini, menjadi ibu bapa untuk mendidik anak-anak bukan perkara yang mudah, dan boleh menjadi satu tantangan yang besar buat sebuah pasangan.
Bagaimanapun, pendidikan yang dimulakan seawal anak berusia setahun jagung adalah kunci kejayaan yang akan membawa manfaat besar, membentuk anak-anak menjadi insan berguna dan mampu menjalani kehidupan dengan baik di masa depan.
Dalam hal ini, pasangan personaliti media sosial terkenal, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae, tuai pujian apabila berkongsi rakaman video cahaya mata mereka, Rina.
Pasangan yang lebih mesra dikenali sebagai “Duriankimchi” tersebut dikatakan pandai mendidik anak mereka yang berdarah campuran Islam-Korea itu.
Baru-baru ini, pasangan itu berkongsi rakaman video “A Day in My Life X Rina” yang memperlihatkan kegiatan harian Rina sebelum pergi ke sekolah.
“Rina mula berdikari bangun pagi bersiap ke sekolah sendiri,” tulis kapsyen video yang dikongsikan menerusi laman Facebook, @duriankimchi.
Berdasarkan video itu, satu momen menarik adalah ketika anak kecil itu bangun dan memulakan rutin paginya dengan menunaikan solat Subuh.

Rina kelihatan comel sekali mengenakan telekung merah jambu dan menadah tangan berdoa.
Kemudian, Rina akan menikmati sarapan yang disediakan oleh ibu tercinta. Rasanya, inilah bahagian yang menjadi kegemaran semua warga maya, iaitu melihat Rina makan dengan ‘lahap’ sekali.

Dalam video itu juga, terlihat Rina membantu menyimpan bekal makanan dan air minuman yang disediakan ibunya ke dalam beg untuk dibawa ke sekolah.
Anak sekecil itu kelihatan sangat pandai berdikari.
“Alhamdulillah. Terdidik solat dan bertudung dari kecil,”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada pasangan yang dianggap sebagai contoh teladan bagi ibu bapa lain dalam mendidik anak-anak mereka.
“Tersentuh hati saya tengok cara didikan Mariam pada Rina dengan bantuan Ryzal. Anak Korea-Islam ini sudah diajar untuk solat Subuh sebelum pergi ke sekolah,”
“Banyak yang boleh dipelajari dari video-video duriankimchi – menerapkan nilai Islam dari awal usia anak, pemakanan yang baik dan tanggungjawab ibu bapa kepada anak,”
“Bagusnya cara Ryzal mendidik anak dan isterinya. Dia memang berjaya menjadi pemimpin keluarga yang sangat menjunjung nilai-nilai Islam,”
Bukan hanya satu video itu yang menarik perhatian warga maya. Tetapi hampir semua video ‘makan-makan’ Rina menjadi pusat tumpuan.
Rata-rata warga maya seronok melihat anak kecil itu makan dengan sangat berselera, tidak kira masakan Melayu atau masakan Korea.
Semoga pasangan itu terus kuat dalam membesarkan anak kecil mereka, dan semoga Rina yang comel terus menjadi anak yang baik dan berdikari.
BACA: Terima Jemputan Kementerian Media Arab Saudi, Elfira Loy Tunai Ibadah Haji
BACA: “Aku Dah Janji Nak Wakafkan Seluruh Tubuh..” Hazeman Huzir Derma Rambut Untuk Pesakit Kanser
Sumber: duriankimchi via Facebook