Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Elfira Loy tunai ibadah haji
Sumber: Sinar Harian

Terima Jemputan Kementerian Media Arab Saudi, Elfira Loy Tunai Ibadah Haji

Hannah

Terima Jemputan Kementerian Media Arab Saudi, Elfira Loy Tunai Ibadah Haji

Bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah perasaan pelakon dan pengacara, Elfira Loy, apabila menerima jemputan menunaikan ibadah haji.

Menurut Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, tawaran daripada Kementerian Media Arab Saudi itu dianggap sebagai panggilan istimewa.

“Masih lagi dalam keadaan tak percaya, tapi inilah nikmat yang paling saya syukuri dan tak sangka ALLAH nak makbulkan doa saya yang hina ini.

“Semua ini terjadi dalam masa seminggu sahaja. Allahuakbar…Saya menyambut baik panggilan ALLAH melalui sambutan haji di bawah Kementerian Media Arab Saudi.

“Jemputan ini adalah di saat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa,” katanya.

Lebih manis, wanita berusia 30 tahun itu menerima jemputan tersebut hanya beberapa hari selepas menghantar ibunya berlepas ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Saya Nurul Elfira Loy dengan rendah diri memohon maaf seandainya saya ada terguris hati dan buat anda tak senang dengan saya. Maafkan saya ya.

“Doakan semoga perjalanan saya tenang, mudah, selamat dan semoga saya peroleh haji mabrur,” kongsinya menerusi Instagram.

Ibu kepada dua cahaya mata itu yang baru sahaja berlepas pada pagi Isnin turut berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantunya membuat persiapan pada saat akhir.

“Saya sangat terharu apabila ramai kawan-kawan yang bantu siapkan baju, hantar tudung. Terima kasih sangat-sangat…” katanya.

BACA: Wayout Solution Diiktiraf Syarikat Perkhidmatan Teknologi Terbaik Di APIUM 2024

Sumber: Sinar Harian