Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Wayout Solution Diiktiraf Syarikat Perkhidmatan Teknologi Terbaik Di APIUM 2024 

Nurul Naqiyah
wayout solution apium 2024

Wayout Solution Diiktiraf Syarikat Perkhidmatan Teknologi Terbaik Di APIUM 2024

Kuala Lumpur – Wayout Solution Sdn Bhd muncul sebagai syarikat Bumiputera yang diberikan pengiktirafan anugerah Company of The Year – Integrated Technology Solutions pada Majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia (APIUM) 2024 yang dianjurkan bertempat di Berjaya Times Square Hotel, 5 Jun baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Ramanan Ramakishnan kepada Pengarah Eksekutif Wayout Solution, Ts. Amir Junaidi Amerrudin atas kredibiliti Wayout Solution dalam menawarkan perkhidmatan yang cemerlang terutamanya dalam sektor teknologi bersepadu.

Ts. Amir Junaidi dalam ucapannya berkata, pengiktirafan luar biasa itu merupakan hasil usaha dan kerja keras seluruh kakitangan syarikat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan. Selama lebih 11 tahun syarikat itu beroperasi, anugerah ini merupakan pengiktirafan paling bermakna baginya.

“Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak termasuklah seluruh kakitangan syarikat, rakan niaga, pelanggan, dan semua yang mendukung perjalanan Wayout Solution sehingga mampu sampai ke tahap ini,” katanya.

wayout solution apium 2024
wayout solution apium 2024

“Pengiktirafan ini tidak akan membuatkan kami selesa, sebaliknya kami akan sentiasa meningkatkan komitmen serta menggandakan usaha agar mampu mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang,” ujarnya lagi.

Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2024 yang diadakan bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian usahawan-usahawan PKS serta menyuntik daya usaha syarikat tempatan yang lain bagi mencapai kecemerlangan.

Selain Wayout Solution, pelbagai lagi anugerah turut disampaikan merangkumi 22 kategori pada majlis tersebut yang dianjurkan oleh Niaga Times di bawah penerbitan PR Partners Asia Sdn Bhd dengan kerjasama The Malaysia Voice sebagai rakan media.