Tular Kes Lesung Batu Arab Saudi VS Malaysia, Buat Ramai Terhibur
Bila pergi tempat orang, memang biasa kita jumpa benda yang ada di sana tapi tiada di negara kita. Mungkin fungsinya sama, tapi reka bentuk dan cara guna kadang-kadang jauh berbeza.
Itulah yang berlaku dalam satu perkongsian tular di Threads, apabila seorang wanita berkongsi kisah ringkas tetapi mencuit hati tentang 'pertarungan senyap' antara ibu dan anak.
Akak ni tak puas hati bila mak "show off" lesung batu Arab Saudi
Dalam perkongsiannya, wanita ini menceritakan ibunya pergi ke Arab Saudi untuk melawat kakaknya yang mungkin menetap di sana.
Namun, yang mencuri perhatian bukanlah cerita melancong, tetapi lesung batu unik yang ibunya tunjuk dengan penuh bangga.
"Mak aku pergi rumah kakak aku kat Saudi dok belagak tunjuk lesung depa ada penutup. Pastu aku pun apa lagi, lawan tetap lawan laa," tulisnya berseloroh.
Dalam video yang dipercayai dihantar oleh ibunya, kelihatan lesung batu versi Arab Saudi yang siap dengan penutup. Mungkin, sesuatu yang jarang kita lihat pada lesung batu sedia ada di Malaysia.
Gambar: Threads @ashafarishaKalau di Malaysia, lesung batu biasanya terbuka sahaja, tapi versi Saudi ini mungkin nampak lebih moden dan kemas.
Dengan adanya penutup, cili kisar, bawang tumbuk atau rempah tak mudah terpercik, selain nampak lebih tersusun dan bersih.
Jadi, tak hairanlah si ibu berasa bangga dan rasa benda itu mungkin "rare" dan eksklusif.
"Go Malaysia, go!" - Netizen
Tak puas hati dengan lesung luar negara, wanita ini mengambil pendekatan kreatif. Dia menunjukkan versi DIY lesung batu Malaysia dengan penutup.
Lucunya, dia menggunakan penutup bekas plastik yang dilubangkan sendiri untuk meniru konsep lesung Saudi.
Gambar: Threads @ashafarishaMenjengah ke ruangan komen, perkongsian itu membuatkan ramai netizen terhibur dengan semangat tak mahu kalah si anak.
"Jangan kalah sis! Kita anak Malaysia!"
"You make me so proud..."
"Bagus idea ni. Padahal penutup tu berlambak yatim piatu. Bekas ada, penutup takda. Dan begitulah cyclenya selalu..."
"Tak pelik akhir zaman ni banyak adik-beradik lawan bertumbuk sebab harta, ni pelik sikit lawan bertumbuk cili..."