Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
arab saudi pasport
Kredit: AFP
Arab Saudi Bakal Keluarkan Pasport Untuk Unta

Sofea

Arab Saudi telah mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan pasport kepada jutaan ekor unta di negara itu, bagi membantu pengurusan ternakan berharga tersebut dengan lebih teratur.

Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian berkata inisiatif itu akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan sektor berkenaan serta membina pangkalan data rujukan yang boleh dipercayai bagi unta, lapor AFP.

Satu hantaran media sosial oleh kementerian itu pada Selasa memaparkan gambar dokumen berkenaan iaitu sebuah pasport berwarna hijau yang dicop dengan lambang negara serta imej unta berwarna emas.

Menurut penyiar milik kerajaan, Al Ekhbariya, pasport itu akan menyumbang kepada pengaturan operasi jual beli dan perdagangan melalui pengawalseliaan aktiviti komersial dan pengangkutan, memastikan dokumentasi rasmi, melindungi hak pemilik serta memudahkan pembuktian pemilikan.

Pada 2024, kerajaan menganggarkan terdapat sekitar 2.2 juta ekor unta di Arab Saudi.

Unta sejak sekian lama menjadi mod pengangkutan penting di Semenanjung Arab, selain melambangkan status pemiliknya serta menyumbang kepada perkembangan industri pembiakan yang menguntungkan.

Kerajaan negara itu juga menganjurkan pertandingan kecantikan unta sempena festival tahunan, di mana peminat di Arab Saudi sanggup membelanjakan ratusan ribu dolar untuk haiwan pertandingan.

Penganjur sejak beberapa tahun kebelakangan ini memperketatkan tindakan terhadap pengubahsuaian kosmetik, satu amalan salah yang berleluasa susulan persaingan sengit meskipun berdepan hukuman berat.

Kaedah untuk menjadikan bibir unta kelihatan lebih terkulai dan bonggol lebih menarik antara yang paling tidak disenangi pihak berkuasa, yang mahu menggalakkan penampilan semula jadi.

Menurut AFP, unta telah menjadi elemen penting dalam kehidupan di Semenanjung Arab selama ribuan tahun, dengan penyelidikan yang diterbitkan pada 2021 mencadangkan ukiran bersaiz sebenar unta dan kuda pada permukaan batu di Arab Saudi mungkin berusia sekitar 7,000 tahun.