Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Krisis Arab Saudi: Kedutaan Besar Keluarkan 6 Peringatan Penting Terhadap Rakyat Malaysia

Arab Saudi peringatan
Kredit: Kedutaan Besar Malaysia (KBM)

Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Riyadh mengeluarkan notis peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia berada atau menetap di Arab Saudi agar sentiasa berwaspada dan peka dengan perkembangan keselamatan di negera berkenaan.

Dalam kenyataan itu, KBM mengeluarkan enam peringatan berhubung perkara berkenaan.

KBM Peringatan Rakyat Malaysia Di Arab Saudi

“Mengambil kira perkembangan terkini, Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Riyadh menasihatkan rakyat Malaysia di Arab Saudi supaya kekal tenang. Mohon untuk sentiasa berwaspada dan peka terhadap perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa Arab Saudi yang dikeluarkan melalui saluran rasmi.

“Selain itu, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelakkan daripada berada di kawasan-kawasan berisiko tinggi dan tidak mengambil dan menyebarkan sebarang gambar atau video berkaitan insiden keselamatan semasa yang boleh menimbulkan panik atau mengganggu operasi pihak berkuasa,” maklum KBM.

Ketiga, KBM turut menyarankan rakyat yang menaiki penerbangan membuat perancangan teliti sebelum memulakan sebarang perjalanan.

“Dalam pada itu, rakyat yang menetap atau sedang berada di Arab Saudi adalah diminta untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat keberadaan di Arab Saudi dengan KBM Riyadh bagi memudahkan sebarang penyaluran maklumat dan bantuan konsular sekiranya diperlukan,” katanya lagi.

KBM Riyadh juga menegaskan bahawa pihak mereka sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi dan akan menyalurkan sebarang perkembangan penting dari semasa ke semasa.

Terakhir, bagi memudahkan penyaluran maklumat dan bantuan konsular sekiranya berlaku keadaan kecemasan, rakyat Malaysia di sana digesa untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat keberadaan mereka dengan pihak kedutaan.




Intipati
  • KBM Riyadh menasihatkan rakyat Malaysia di Arab Saudi kekal tenang dan berwaspada.
  • Mereka diminta mengelakkan kawasan berisiko tinggi serta mematuhi arahan rasmi pihak berkuasa.
  • Rakyat Malaysia turut digesa mendaftar keberadaan bagi memudahkan bantuan konsular ketika kecemasan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan