Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pelaku ditangkap didakwa faisal
Gambar: Astro Arena

Harap Pelaku Dapat Ditangkap Secepat Mungkin & Didakwa – Faisal

Iqbal Yasir

Harap Pelaku Dapat Ditangkap Secepat Mungkin & Didakwa – Faisal

Pemain sayap sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim meluahkan agar pelaku yang menyimbah asid terhadapnya dapat ditangkap secepat mungkin.

Dia berkata demikian sewaktu sidang media khas pertama kali selepas insiden itu berlaku.

“Saya juga berharap si pelaku (suspek simbah asid) akan dapat ditangkap secepat mungkin dan didakwa di Mahkamah,” katanya.

Tambah Faisal, dia sudah tidak sabar untuk kembali semula dalam kelab Selangor FC dan Harimau Malaya, namun dia terpaksa memberi ruang kepada badannya untuk kembali pulih sepenuhnya.

Gambar: Astro Arena

BACA: Faisal Halim Dijangka Buat Sidang Media Pada Khamis, Kongsi Perkembangan Terkini

“Sejujurnya, saya memang amat merindukan bola sepak baik berlatih mahupun bermain, bukan mudah untuk saya terlantar di rumah, dengan sekadar menonton pasukan Selangor dan Malaysia bermain melalui televisyen.

“Kaki memang menggigil, hati memang meronta-ronta untuk bermain, namun, buat masa sekarang, saya harus fokus untuk proses pemulihan dan rehat sebelum saya boleh kembali menyertai pasukan seperti sebelum ini.

“Masih terdapat proses pemulihan yang terpaksa saya jalani sebelum doktor mengesahkan yang saya boleh kembali turun ke padang.

“Sudah lama tidak bermain, pasti banyak perkara yang saya harus lakukan seperti kena kuatkan semula otot-otot dan pergerakan saya,” ujarnya dalam sidang media itu.

Katanya lagi, dia akan berusaha untuk memberikan komitmen sepenuhnya untuk mendapatkan peluang kembali bermain seperti sedia kala.

Sehubungan itu, Faisal berharap agar orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes yang masih dalam siasatan pihak polis.

Pemain berusia 26 tahun itu turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan kesihatan dirinya.

“Selamat berjuang juga buat rakan-rakan saya di Selangor FC dan dan pasukan Kebangsaan, InsyaAllah saya akan comeback satu hari nanti untuk menyertai kalian semua,” katanya.

Terdahulu Faisal Halim dilaporkan telah disimbah asid dalam satu kejadian di Kompleks membeli-belah di Damansara pada 5 Mei lalu.

Sumber: Astro Arena

BACA JUGA: Faisal Halim Dibenar Keluar Hospital, Proses Rawatan Dan Pemulihan Masuk Fasa Baharu