Siakap Keli
Rangka binatang tangki air
Sumber: Sinar Harian

Lelaki Lapor Jumpa Rangka Binatang Dalam Tangki Air, Polis Siasat Unsur Khianat

Lelaki Lapor Jumpa Rangka Binatang Dalam Tangki Air, Polis Siasat Unsur Khianat

Baru-baru ini, tindakan seorang lelaki di Taman Kenaboi, Titi, yang ingin menyelenggara tangki air rumahnya telah membawa kepada penemuan rangka binatang di dalam tangki tersebut.

Menerusi sebuah video yang menjadi tular di laman media sosial, rangka yang menyerupai tengkorak binatang kelihatan di dasar tangki setelah air dikeringkan.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden, Maslan Udin, menyatakan bahawa seorang lelaki berusia 77 tahun telah membuat laporan mengenai penemuan rangka binatang tersebut pada Jumaat lepas.

“Dia mengatakan satu rangka binatang dijumpai dalam tangki air rumah teresnya dan ia ditemui oleh pekerja yang sedang membaik pulih bumbung rumah jirannya.

“Pemilik rumah itu telah meminta pekerja terbabit untuk menyelenggara tangki rumahnya yang tersumbat dan apabila penutup tangki dibuka, terdapat rangka binatang yang tidak dapat dikenal pasti,” katanya.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kes khianat. Rangka binatang tersebut akan dihantar ke Pejabat Veterinar untuk dikenal pasti.

“Siasatan masih lagi dijalankan dan jika mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Mohd Aizuddin Wahap di talian (014-9636002) atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu (06-6138222).

BACA: Remaja Lelaki OKU Mangsa Buruh Paksa Berjaya Diselamatkan

BACA: Keracunan Makanan: 24 Pelajar SBP Integrasi Jempol Dikejarkan Ke Hospital

BACA: Faisal Halim Luah Tidak Lagi Dapat Menjalani Kehidupan Seperti Biasa

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah