Siakap Keli
zayn perintah larangan bersuara
Pasukan peguam bela kepada ibu dan bapa Zayn Rayyan. Kredit: Sinar Harian.

Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Perintah Larangan Bersuara

Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Perintah Larangan Bersuara

PETALING JAYA – Peguam bela kedua ibu bapa arwah Zayn Rayyan, memohon kepada Mahkamah Majistret untuk mengeluarkan perintah larangan bersuara hari ini, lapor Sinar Harian.

Permohonan perintah larangan bersuara tersebut dibuat agar  masyarakat tidak mengeluarkan kenyataan sembarangan berkaitan kes ini.

BACA: Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah Abai Anak

Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak autism yang telah tamat tempoh reman itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berhubung pertuduhan pengabaian Zayn Rayyan pada Disember lepas.

Kes ini mendapat perhatian seluruh negara apabila kanak-kanak itu ditemui dibunuh selepas dilaporkan hilang. Negara sekali lagi digemparkan apabila ibu dan bapa mangsa ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.