Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ibu bapa zayn abai
Gambar: Bernama

Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah Abai Anak

Azizah Najib

Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah Abai Anak

PETALING JAYA, 13 Jun (Bernama) — Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lepas.

Mereka yang kedua-duanya berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Kedua-dua mereka minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis lepas.

BACA: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Kediaman, Dipercayai ‘Lakon Semula’ Anak Hilang

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum pertuduhan dibacakan, jurubahasa mahkamah bertanya sama ada kedua-dua tertuduh sihat atau tidak, dan bapa Zayn menyatakan sihat manakala ibunya pula memaklumkan dia tidak sihat dan mengalami muntah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat masing-masing mewakili kedua-dua tertuduh.

Ku Hayati menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Fahmi pula memohon jaminan RM5,000 atas alasan tujuan jaminan hanya untuk kehadiran tertuduh di mahkamah selain bersetuju dengan syarat tambahan.

“Anak guam saya (bapa Zayn) memberi sepenuh kerjasama kepada polis.

“Saya percaya mahkamah ini boleh menimbangkan prinsip-prinsip antara kepentingan umum dan kepentingan anak guam kami, sekiranya tidak dapat bayar jaminan, mereka kena hidup dalam penjara,” katanya.

BACA: Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Perintah Larangan Bersuara

Sementara itu Mahmud juga memohon jaminan rendah kerana ibu Zayn tidak bekerja dan dia mengalami kemurungan sangat teruk selain sedang mendapatkan rawatan untuk seorang lagi anaknya yang mengalami ‘speech delay’ dan autism teruk.

Mahmud berkata bapa Zayn juga dalam proses mendapatkan rawatan kerana mengalami kemurungan sangat teruk serta sedang bekerja untuk mendapatkan pendapatan bagi keluarga selain kedua-dua tertuduh tidak berisiko untuk melarikan diri.

“Anak guam juga memohon agar Mykid seorang lagi anaknya yang kini berada pada pihak polis diserahkan kepada keluarga mereka untuk rawatan,” kata peguam itu.

Ku Hayati kemudian bangun dan berkata kesalahan itu serius mengambil kira kesan pertuduhan, dengan pengabaian sehingga membawa kepada kematian.

Selain itu, kedua-dua peguam turut memohon perintah larangan bersuara kepada masyarakat agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes berkenaan.

Syahliza kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada 1 haribulan setiap bulan dan kedua-dua tertuduh atau wakilnya tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

“Mahkamah hanya membenarkan perintah larangan bersuara terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini sahaja dan Mykid seorang lagi anak kepada kedua-dua tertuduh diserahkan kepada ahli keluarga,” kata Syahliza yang turut menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan kes.

Pada 6 Dis lepas mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu yang ditahan pada 31 Mei lepas di sekitar Puncak Alam, Selangor direman selama 13 hari bermula 1 Jun lepas bagi membantu siasatan.

Sumber: Bernama

BACA JUGA: Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Hari Ini – Peguam