Siakap Keli
jkr
Sumber : BERNAMA

Maklum Balas JKR Berhubung Laporan Akhbar Berita Harian Bertajuk ‘Lebuhraya Tak Siap Kini Jadi Litar Merempit’

Maklum Balas JKR Berhubung Laporan Akhbar Berita Harian Bertajuk ‘Lebuhraya Tak Siap Kini Jadi Litar Merempit’

JKR Malaysia mengambil maklum mengenai laporan akhbar Berita Harian bertarikh  11 Jun 2024 (Selasa) yang bertajuk Lebuh Raya Tak Siap Kini Jadi ‘Litar Merempit’. Lokasi  yang dilaporkan adalah sebahagian daripada Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama melibatkan jajaran projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan (Pakej 2B: Ketereh Ke  Kok Lanas). 

JKR Malaysia ingin memaklumkan bahawa kontrak sedia ada projek ini telah ditamatkan dan  dalam proses tender semula. Kawasan projek adalah dikategorikan sebagai kawasan tapak  pembinaan dan orang awam dilarang untuk memasuki kawasan tersebut.

Langkah-langkah  kawalan selepas penamatan kontrak telah dilaksanakan seperti pemasangan papan tanda  amaran dan penghadang konkrit bagi menghalang akses keluar dan masuk ke kawasan tapak  pembinaan. 

Justeru, tindakan orang awam menceroboh masuk ke kawasan projek ini seperti dilaporkan adalah satu perbuatan yang dilarang dan boleh dikenakan tindakan mengikut lunas undang undang. 

JKR Malaysia akan sentiasa memastikan papan tanda amaran dan penghadang konkrit  berada dalam keadaan baik dan teratur di tapak. Laporan polis juga telah dibuat bagi  memohon kerjasama pihak berkuasa untuk membuat rondaan secara berkala di lokasi  berkenaan. Kerjasama daripada semua pihak dalam mematuhi papan tanda amaran dan  arahan pihak berkuasa adalah amat diharapkan. 

Nurul Naqiyah