Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Maklumat Yang Disebarkan Di Media Sosial Itu Adalah Fitnah – Peguam Keluarga Zayn Rayyan
Keluarga kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dilapor akan membuat laporan polis berkenaan penularan siasatan melibatkan kes pembunuhan di media sosial yang didakwa dilakukan oleh ibu bapa mangsa, lapor Sinar Harian.
Fahmi Abd Moin, iaitu peguam yang mewakili pasangan ibu bapa Zayn Rayyan menjelaskan bahawa maklumat yang ditularkan itu adalah fitnah.
“Ya, pihak keluarga mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.
“Saya cadang kepada mereka, buat laporan berkenaan hari ini,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Kertas siasatan kes kematian Zayn Rayyan tersebar luas oleh individu tidak dikenali
Terdahulu, media melaporkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penyebaran didakwa kertas siasatan kes kematian Zayn Rayyan menerusi aplikasi Telegram.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan boleh diambil ke atas pihak yang menyebarkan kertas siasatan kerana kes terbabit kini di peringkat mahkamah, lapor Sinar Harian.
Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan membuat permohonan kepada SKMM untuk menurunkan tangkap layar yang tular di media sosial sejak Khamis.
Malah, Shuhaily juga menegaskan polis akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tangkap layar tersebut.
Kematian Zayn Rayyan ada unsur jenayah
Terdahulu, negara di digemparkan berita Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 10 malam, pada 6 Disember tahun lalu.
Mayat Zayn Rayyan dikatakan ditemui oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa, sehari selepas mangsa dilaporkan hilang.
Menurut media tempatan turut melaporkan jasad Zayn Rayyan dijumpai di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya.
Selain itu, mangsa kemudian disahkan telah dibunuh selepas bedah siasat yang dibuat menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.
BACA: Kronologi Kes Zayn Rayyan
Sumber: Sinar Harian