Siakap Keli
kamal bakar kanser
Gambar: Hanis Kamal Bakar

Pelakon Kamal Bakar Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap Empat

Pelakon Kamal Bakar Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap Empat

Pelakon Kamal Bakar disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat selepas hampir dua minggu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Besar Melaka.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh anak sulungnya, Muhammad Hanis Kamaruldzam, 35, dalam satu hantaran di platform Facebook.

Katanya, doktor mengesahkan bapanya menghidap komplikasi itu selepas kanser berkenaan merebak ke tiga bahagian iaitu dada, salur darah dan berhampiran rusuk.

“Ayah juga mengalami strok dan terdapat kuman di dalam darah.

“Sekarang doktor tengah berusaha untuk mengatasi masalah kuman dalam darah ayah dahulu sebelum mesin oksigen dikurangkan untuk melihat tindak balas ayah.

“Sekiranya ayah berjaya untuk sedar sepenuhnya barulah ayah akan menjalani kimoterapi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sehubungan itu, anak lelaki pelakon veteran terbabit memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesihatan bapanya termasuk diberikan kekuatan untuk kembali sihat.

“Saya memohon kepada semua untuk mendoakan agar ayah saya diberikan kekuatan dan kesembuhan lebih-lebih lagi pada hari Ahad ini (semalam) iaitu Hari Arafah,” tulisnya pada Jumaat lalu.

BACA: Pelawak & Pelakon, Azlee Senario Terima Rawatan Di IJN

Dia yang mewakili ahli keluarga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Wad HDW hospital itu kerana telah menjaga dan merawat bapanya.

Pada 3 Jun lalu, Hanis memaklumkan ayahnya telah ditidurkan di ICU akibat menghidap kanser paru-paru dan kekurangan oksigen, lapor Gempak.

Katanya, bapanya mula menunjukkan perubahan pada diri dengan hanya mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap pada petang Isnin.

Dia kemudian telah menghubungi ambulans kerana bimbang dengan keadaan itu sebelum Kamal Bakar dibawa ke hospital.

“Ayah saya sekarang masih ditidurkan sejak malam Isnin kelmarin. Pihak hospital sedang sedaya upaya mengesan masalah paru-paru yang dialami itu adakah disebabkan kanser yang dihidap atau jangkitan kuman.

“Dia ditidurkan berpunca daripada oksigen drop. Dia mulanya sesak nafas sewaktu di rumah.

“Pada petang Isnin dia macam dah nampak lain, bila kita panggil nama dia, dia diam sahaja dan tidak menyahut. Tetapi mulut bergerak macam sedang berzikir.

“Kemudian panggil ambulans, doktor sampai rumah tengok keadaan ayah semua dan mendapati oksigen rendah dan terus bawa ke hospital,” katanya.

Sumber: Facebook Hanis Kamal Bakar

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?