Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pacuan Empat Roda Langgar Tiang Elektrik, Remaja Maut, Empat Cedera

Hannah
Pacuan empat roda langgar tiang elektrik
Sumber: Bernama

Pacuan Empat Roda Langgar Tiang Elektrik, Remaja Maut, Empat Cedera

KOTA BHARU, 18 Jun (Bernama) — Seorang remaja perempuan maut dan empat cedera apabila sebuah pacuan empat roda merempuh tiang elektrik di Jalan Kuala Krai-Gua Musang hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.17 pagi daripada orang awam dan mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang ke lokasi.

“Sebuah Toyota Hilux telah terbabas melanggar tiang elektrik dan terdapat seorang remaja perempuan tersepit di dalam kenderaan itu dan mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mangsa mengalami kecederaan parah dan tiga lagi cedera ringan.

Mangsa yang cedera katanya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan kes diserahkan kepada polis.

BACA: Bas Ekspres Rempuh Kereta, Seorang Dilaporkan Maut

Sumber: BERNAMA