Siakap Keli
Bas ekspres rempuh kereta
Sumber: Astro Awani

Bas Ekspres Rempuh Kereta, Seorang Dilaporkan Maut

Bas Ekspres Rempuh Kereta, Seorang Dilaporkan Maut

Pada awal pagi Selasa, satu kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta berlaku di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Sungai Bakap, Pulau Pinang, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang maut adalah penumpang kereta berusia 30 tahun, manakala pemandu kereta yang berusia 40 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian muka.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 pagi, dan enam anggota bomba segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, terdapat kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Gen-2 dan sebuah bas ekspres jenis Scania.

“Terdapat seorang mangsa telah tersepit di ruang penumpang dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang tersepit di ruang pemandu berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Difahamkan, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan, manakala jenazah mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Polis Daerah Seberang Perai Selatan turut mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan mengenai kemalangan terbabit.

BACA: Tragedi Aidiladha: Kemalangan Ragut Nyawa Dua Beradik

BACA: Penunggang Maut Dirempuh Lori Ketika Berehat Di Tepi Jalan

BACA: Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Terkena Minyak Panas Makanan Goreng

Sumber: Astro Awani

Sharifah Hannah Adibah