Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kanak-kanak maut minyak panas
Gambar: Istimewa

Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Terkena Minyak Panas Makanan Goreng

Iqbal Yasir

Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Terkena Minyak Panas Makanan Goreng

JAKARTA — Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut apabila terkena minyak panas di sebuah gerai makanan goreng berhampiran Pasar Legi Kotagede, Bandaraya Yogyakarta pada Mei lalu, lapor CNN Indonesia.

Menurut Ketua Bidang Undang-Undang dan Humas Hospital Dr Sardjito Banu Hermawan, mangsa meninggal dunia pada jam 11.30 malam Sabtu akibat mengalami sepsis yang teruk sewaktu dirawat di Hospital Besar Sardjito, Sleman.

Tambah Banu, pasukan bedah dan pakar Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) telah memberikan rawatan terbaik namun kanak-kanak tersebut telah disahkan meninggal dunia.

“Kami mengucapkan takziah kepada anak pesakit (waris kanak-kanak itu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebuah klip memaparkan mangsa yang terkena minyak panas di sebuah gerai makanan goreng tular di media sosial pada bulan lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama ibu bapanya menaiki sebuah motosikal sedang menunggu di hadapan gerai berkenaan.

BACA: Pelajar UniSZA Maut, Kepala Cedera Parah Selepas Motosikal Rempuh Ambulans

Ketua Polis Bahagian Yogyakarta, AKP Sujarwo berkata bagaimanapun, motosikal berkenaan memecut laju ke hadapan selepas mangsa dipercayai secara tidak sengaja memulas minyak kenderaan itu.

Mangsa yang berdiri di atas kenderaan itu dilaporkan terkena minyak panas selepas motosikal itu melanggar dapur dan kuali seorang penjual makanan goreng.

Difahamkan, mangsa berasal dari Potorono, Banguntapan, Bantul dan kejadian berlaku pada 20 Mei lalu sekitar jam 6 petang waktu tempatan Indonesia.

“Sewaktu membeli makanan di gerai itu, bapa mangsa difahamkan ingin mengambil duit dari poket seluar untuk membayar makanan yang dibeli.

“Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki bergerak ke depan sehingga terlanggar dapur minyak goreng sebelum terkena mangsa dan ayahnya,” ujar Sujarwo.

Akibat kejadian, kanak-kanak itu mengalami lecur 64 peratus pada badan dan manakala bapa mangsa melecur sebanyak 11 peratus pada tangan dan kaki.

Menurutnya lagi, kedua-dua mereka telah dibantu oleh penduduk setempat sebelum dikejarkan ke Hospital Wirosaban untuk menerima bantuan lanjut.

BACA JUGA: Penunggang Maut Dirempuh Lori Ketika Berehat Di Tepi Jalan

Sumber: CNN Indonesia