Siakap Keli
Pelajar UniSZA maut rempuh ambulans
Sumber: Sinar Harian

Pelajar UniSZA Maut, Kepala Cedera Parah Selepas Motosikal Rempuh Ambulans

Pelajar UniSZA Maut, Kepala Cedera Parah Selepas Motosikal Rempuh Ambulans

Seorang pelajar perempuan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas motosikal yang dipandunya terlibat dalam kemalangan, rempuh sebuah ambulans di lampu isyarat hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mengesahkan bahawa mangsa bernama Umie Elysha Lyana Basharuddin, 22, telah meninggal dunia semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ pada Khamis.

Menurut beliau, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika sebuah motosikal jenis Modenas bertembung dengan sebuah ambulans.

“Ambulans itu bergerak dari arah Batu Buruk menghala ke HSNZ manakala mangsa dari arah Bulatan Ladang menghala balik ke rumahnya di Manir.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa sedang bergerak lurus dari arah Bulatan Ladang hendak menuju balik ke rumahnya di Manir.

“Apabila sampai di lampu isyarat hadapan HSNZ, tiba-tiba datang sebuah ambulans dari arah bertentangan membelok ke kanan untuk masuk ke hospital tersebut dan kemudian bertembung dengan mangsa.

“Akibat daripada itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan dan telah dibawa menaiki ambulans ke HSNZ manakala pemandu ambulans pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azli menjelaskan bahawa mangsa yang menerima rawatan kecemasan di wad kecemasan HSNZ itu meninggal dunia pada jam 10.38 pagi tadi.

Jelas beliau, penyebab kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan sebagai kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BACA: Saya Tidak Pernah Buat Masalah – Faisal Halim

BACA: Insiden ‘One By One Gentleman’: Pemilik Kedai, Pelanggan Berbaik Atas Semangat Perpaduan

BACA: Euro 2024: Analisis Opta Ramal England Miliki Kebarangkalian Paling Tinggi Jadi Juara

Sumber: Pelajar UniSZA maut motosikal bertembung ambulans depan hospital

Sharifah Hannah Adibah