Siakap Keli
penunggang dirempuh lori
Gambar: Sinar Harian

Penunggang Maut Dirempuh Lori Ketika Berehat Di Tepi Jalan

Penunggang Maut Dirempuh Lori Ketika Berehat Di Tepi Jalan

LIPIS — Hasrat seorang lelaki untuk pulang beraya menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halamannya tidak kesampaian apabila motosikalnya dirempuh sebuah lori di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta hari ini, Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, hasil siasatan mendapati mangsa, Mohamad Suhamel Ismail yang merupakan penunggang motosikal, 24, maut di tempat kejadian sekitar jam 5.30 pagi.

Ismail berkata pemandu lori, 29, difahamkan dalam perjalanan dari Klang, Selangor menuju ke Tanah Merah, Kelantan bagi menghantar tilam.

Tambah Ismail, mangsa yang meninggal dunia, dalam perjalanan pulang dari rumahnya di Kepong, Kuala Lumpur menuju ke kampung halaman di Kampung Bertam, Gua Musang bagi menyambut Hari Raya Korban pada esok.

“Apabila tiba di tempat kejadian iaitu bulatan Benta, lori terbabit (dikatakan) telah mengelak sebuah kereta yang rosak di tengah bulatan sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Lori tersebut kemudian merempuh penunggang motosikal yang dipercayai sedang berehat. Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Pelajar UniSZA Maut, Kepala Cedera Parah Selepas Motosikal Rempuh Ambulans

Mengulas lebih lanjut, beliau meminta kerjasama agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampi membantu siasatan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tragedi Aidiladha: Kemalangan Ragut Nyawa Dua Beradik

Semalam, dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Teroi Titi Lahar, Yan.

Mangsa kemalangan itu ialah Muhammad Zulqarnain Mohd Delmi, 22, dan adiknya, Ahmad Firashi Ilyas, 11, dari Kampung Charuk Tala, Sik.

Dalam kejadian itu, kedua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Manakala pemandu kereta Toyota Vios yang berusia 61 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Baru Tiga Bulan Mengajar, Guru Agama Maut Tersepit Dalam MyVi

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?