Siakap Keli
Sultan Kelantan sembelih lembu
Sumber: Sinar Harian

Sultan Kelantan Berkenan Sembelih Dua Ekor Lembu

Sultan Kelantan Berkenan Sembelih Dua Ekor Lembu

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyembelih dua ekor lembu semasa Majlis Ibadat Korban Jama’ie yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Proses penyembelihan dilakukan di Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra pada Selasa, dan daging lembu kira-kira satu tan itu antara yang akan didermakan kepada asnaf dan fakir miskin.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Hasnan Ramli, menyatakan bahawa sebanyak 53 ekor lembu telah dikorbankan, termasuk tujuh daripadanya merupakan kurniaan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Tahun ini, MAIK mengagihkan daging korban kepada 2,000 ketua isi rumah asnaf terpilih,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Beliau juga menjelaskan bahawa pengagihan daging korban akan bermula petang ini melalui kerjasama dengan masjid-masjid di seluruh jajahan Kota Bharu.

Kredit: Sinar Harian

“Ada lembu yang turut disumbangkan oleh kerabat diraja, agensi kerajaan dan masyarakat untuk bersama menceriakan masyarakat miskin di daerah ini,” katanya.

Turut berangkat memeriahkan majlis, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra. Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Sultan Muhammad V turut mencemar duli meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk beramah mesra dengan rakyat sebelum berangkat pulang.

BACA: ‘Road Bike’ Pertama Malaysia Lakukan Ujikaji Aerodinamik Di UK

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah