Siakap Keli
hujan lebat 12 negeri

Beberapa Kawasan Di 12 Negeri Diramal Akan Dilanda Hujan Lebat, Ribut Petir Petang Ini

Beberapa Kawasan Di 12 Negeri Diramal Akan Dijangka Hujan Lebat, Ribut Petir Petang Ini

Jabatan Meteorologikal Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka akan melanda beberapa kawasan di 12 negeri sehingga 6 petang ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi agensi tersebut.

Hujan lebat, ribut petir dijangka landa beberapa kawasan di 12 buah negeri

Menurut hantaran berkenaan, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Manakala amaran yang sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di sembilan negeri yang lain.

Di Perak, amaran dikeluarkan bagi kawasan Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang. Di Kedah pula, amaran melibatkan kawasan Langkawi, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Amaran dikeluarkan 3.45 petang sehingga 6.00 petang ini

Seterusnya, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah, Kelantan turut menerima amaran cuaca yang sama. Manakala di Terengganu, amaran tersebut melibatkan kawasan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Menurut MetMalaysia lagi, amaran turut dikeluarkan bagi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Bagi Johor pula, kawasan yang menerima amaran tersebut adalah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Di Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah, masing-masing hanya satu kawasan yang menerima amaran tersebut iaitu di Petaling, Jelebu dan Tawau (Kunak).

Dalam pada itu, amaran berkenaan dikeluarkan 3.45 petang tadi sehingga 6.00 petang ini.

BACA: Kenali Kumpulan BRICS, Siapa Pengasas & Negara Mana Jadi Ahli

BACA: Bernilai RM15.75 Trilion, Nvidia Atasi Microsoft Jadi Syarikat Paling Berharga Di Dunia

Sumber: MetMalaysia

Athirah

When nothing goes right, go left.