Siakap Keli
Maut kereta langgar tiang jejantas
Sumber: Sinar Harian

Nahas Kendiri: Kereta Langgar Tiang Jejantas, Seorang Lelaki Dilaporkan Maut

Nahas Kendiri: Kereta Langgar Tiang Jejantas, Seorang Lelaki Dilaporkan Maut

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas kereta yang dipandunya melanggar tiang jejantas di Jalan Tunku Abdul Rahman, berdekatan Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu.

Dalam kejadian awal pagi Rabu pada kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, menyatakan bahawa seramai 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari balai.

Menurut beliau, kemalangan terbabit merupakan nahas kendiri yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Crown Athlete.

“Kenderaan yang dipandu mangsa telah melanggar tiang konkrit jejantas dan menyebabkannya tersepit.

“Operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan namun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 2.30 pagi,” katanya.

BACA: Bas Ekspres Rempuh Kereta, Seorang Dilaporkan Maut

BACA: Pacuan Empat Roda Langgar Tiang Elektrik, Remaja Maut, Empat Cedera

BACA: Kes Langgar Lari: Polis Buru Pemandu Lori Libat Kemalangan Tiga Kenderaan

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah