Siakap Keli
Isyarat baharu MH370
Kredit: BERNAMA

Penyelidik Kesan Isyarat Baharu Milik MH370 Di Australia Barat

Penyelidik Kesan Isyarat Baharu Milik MH370 Di Australia Barat

LONDON — Isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi sedekad lalu telah dikesan penyelidik Britain, lapor Agensi Anadolu.

Memetik laporan The Telegraph, isyarat itu dikesan di Cape Leeuwin di Australia Barat, satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam puluhan minit bagi tempoh penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan radar terakhir dengan pesawat tersebut.

Difahamkan, penyelidik dari Wales telah mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon, yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.

Pada asalnya, hidrofon itu direka untuk mengesan ujian nuklear yang dilarang di mana ia akan mengambil isyarat sekitar masa pesawat itu dipercayai terhempas.

Berdasarkan kajian yang dijalankan penyelidik, pesawat Boeing 777 MH370 akan menjana tenaga kinetik setara dengan gempa bumi kecil jika ia terhempas pada kelajuan 200 meter sesaat (656 kaki sesaat).

Oleh itu, impaknya cukup besar untuk dirakam oleh hidrofon beribu-ribu batu jauhnya.

BACA: Genap 9 Tahun, Mengenang Tragedi Kehilangan Pesawat MH370

Sedekad yang lalu, pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Meskipun pencarian meluas meliputi lebih 119,140 kilometer persegi (46,000 batu persegi), hanya 18 serpihan pesawat telah ditemui terdampar ke darat sehingga kini.

BACA: “Selamat Malam Malaysia 370..,” Genap Lapan Tahun Misteri Kehilangan MH370 Tiada Jawapan

Misteri kehilangan MH370

Sebelum ini, media melaporkan pada tahun ini genap sepuluh tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Misteri kehilangan pesawat milik Malaysia itu sehingga kini menjadi tanda tanya, bukan sahaja di Malaysia malah ia mendapat liputan seluruh dunia.

Dalam jumlah 239 orang di dalam pesawat berkenaan, 153 daripadanya warganegara China, 38 dari Malaysia. Selain 12 Indonesia, 7 Australia, 3 Perancis, 4 Amerika Syarikat, 2 New Zealand, 2 Ukraine dan 2 Kanada.

Selain seorang masing-masing dari negara Rusia, Itali, Taiwan, Belanda dan Austria.

BACA JUGA: Jadikan Tragedi MH370 Bahan Lawak Tindakan Biadab, Tidak Berperikemanusiaan – Loke

Sumber: Agensi Anadolu

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?