Kenapa Daging Korban Tak Sesuai Makan Macam Steak? Ini Sebabnya
Hari Raya Aidiladha ini, tentunya daging korban menjadi topik utama masyarakat bermula dari topik melapah hingga menu apa yang hendak disajikan di atas meja makan.
Antara menu popular adalah sup tulang, sup gearbox, gulai, rendang hasil daripada daging korban.
Tetapi, pernahkah anda terfikir, mengapa daging korban tidak pernah dijadikan hidangan steak atau lain-lain menu seperti menu barat?
Sehubungan itu, bagi menjawab persoalan itu, mari kita ikuti perkongsian pengguna X @ButterAlways92 di bawah mengenai topik ini. Semoga bermanfaat.
Kenapa Daging Korban Tak Sesuai Makan Macam Steak?

Bismillah. Dengan ini saya bermula dengan topik Daging Korban Tak Sesuai Makan Macam Steak! Sembelihlah lembu wagyu, sado, kampung, semua pun tak sesuai! Murah atau mahal bahagian korban kalian tak la terbazir cuma tak sesuai dimasak dan makan seperti steak.
Pertama sekali kita kena paham apa itu Rigor Mortis (RM) secara am. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati.
Otot-otot akan kejang dan mengeras. Kalau biasa pancing, ikan dalam icebox tu bukan mengeras senget sebab beku. Tu contoh RM dalam binatang selain haiwan disembelih.

Sekarang berbalik kepada lembu dan kambing. Selesai sembelih dan darah mengalir sampai habis terus akan disiat kulit dan daging akan dilapah dan agihkan. Untuk organ dalaman, fresh is best.
Tetapi untuk daging, RM akan menyebabkan daging itu keras. Inilah sebab tak sesuai di makan macam steak.

Di barat, praktis selepas sembelih dan siat adalah gantung rangka itu minimum dua minggu hingga ke sebulan untuk membenarkan otot-otot rileks secara semula jadi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum di lapah sebelum di jual.
Suhu perlu dikawal rapi untuk mencegah pencemaran bakteria.

BACA: Ini Resipi Sup Tulang ‘Syahdu’, Sedap Hirup Panas-Panas
Secara am, tiga bahagian lembu yang paling popular di potong, masak dan makan sebagai steak adalah Tenderloin, Sirloin dan Ribeye.
Otot-otot ini berada di bahagian belakang lembu yang kurang berkerja sebab tu dia lembut. Daging di bahu dan kaki keras sebab banyak bergerak.

Proses gantung di dalam peti selama berminggu namanya Aging. Tanpa proses ini tak guna pun potong daging ikut bahagian mana mahal murah seperti praktis barat.
Steak di masak pada suhu yang tinggi dan masa yang singkat. Sebab itu proses aging penting untuk melembutkan daging.

Adakah kita perlu buat apa yang barat buat untuk lembu dikorbankan Aidiladha nanti? Tidak! Tak perlu! Sebab apa? Sebab semua masakan tradisional kita adalah berkuah dan dimasak lama-lama.

Sup, gulai, rendang semua pun cara kita atasi RM. Bakteria pun tak sempat membiak dah mati kena masak.
Semoga bermanfaat!
Sumber: X @ButterAlways92