Ini Resipi Sup Tulang ‘Syahdu’, Sedap Hirup Panas-Panas
Ketibaan Hari Raya Aidiladha atau lebih sinonim dengan masyarakat sebagai Raya Korban atau Raya Haji pastinya disambut meriah, bahkan ibadah korban ini juga menjadi syariat agama Islam.
Di Malaysia, antara haiwan yang sering dijadikan korban termasuklah kambing, lembu dan kerbau. Setelah proses penyembelihan telah selesai, daging akan diagihkan kepada orang ramai dan asnaf.
Jadi tidak hairan kalau buka sahaja peti sejuk di bahagian sejuk beku rumah penuh dengan daging korban ini. Tentunya ramai yang tidak tahu hidangan apa yang sesuai untuk masak daging korban ini, kan?
Jadi, SK hari ini akan kongsikan satu resipi yang popular dalam kalangan komuniti setempat, iaitu sup tulang. Nak tahu dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian di Fazniza Razali di bawah.
Resipi Sup Tulang “Syahdu”
Selamat Hari Raya buat semua. Teringin nak masak sup tulang lembu, boleh lah cuba resepi ni.
Yang saya tunjukkan ni masak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker tu bolehlah guna.
Bahan 1
Tiga biji bawang besar
Lapan biji bawang putih
Halia dalam dua ketul
Satu sudu ketumbar
Bahan ni dikisar sampai halus.

Bahan 2
Tiga batang sadari
Sebatang karot
Bahan ni pun dikisar sampai hancur.

Bahan 3
Tiga batang kayu manis
Empat biji bunga lawang
Sepuluh biji bunga cengkih
Sepuluh biji buah pelaga
Satu senduk serbuk sup
Dua kg tulang
Lima biji kentang(dibelah dua)
Tiga batang sadari (dihiris)
Tiga biji bawang besar(dibelah empat)
Air
BACA: Tak Perlu Letak Garpu, Wanita Kongsi Cara Rebus Daging Korban Empuk
Cara nak masak
Panaskan minyak, tumiskan semua bahan 1 hingga bau wangi. Kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
Masukkan air, kemudian tulang. Disebabkan cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.

Jika tidak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi tu empuk.
Dekat satu jam setengah juga. Dah empuk masukkan ubi kentang, batang sadari dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.
Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit. Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan dah siap!
Sumber: Fazniza Razali via Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN)