Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gunung Merapi Meletus, Muntahkan Awan Panas Sejauh 2,000 Meter

Gunung Merapi Meletus
Kredit: Badan Geologi

Gunung Merapi yang terletak di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah dilaporkan meletus dengan menghamburkan awan panas sejauh 2,000 meter.

Badan Geologi di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM) Indonesia memaklumkan bahawa aktiviti Gunung Merapi itu berlaku pada Jumaat jam 9.22 malam waktu Indonesia Barat (WIB).

Menurutnya, awan panas tersebut bergerak ke arah barat daya.

“Anggaran jarak pergerakan adalah sejauh 2,000 meter dengan amplitud maksimum 87.74 mm dan tempoh selama 116.97 saat, menghala ke arah barat daya (hulu Sungai Sat/Putih),” katanya.

Gunung Merapi meletus

Kredit: Badan Geologi

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan berbahaya serta laluan sungai yang berpunca dari Gunung Merapi.

Penduduk juga diminta supaya mematuhi arahan dan saranan rasmi pihak berkuasa.

“Tahap aktiviti Gunung Merapi ketika ini berada pada tahap Siaga (Tahap III). Orang ramai diminta terus mematuhi saranan yang ditetapkan,” jelasnya lagi.

Video kejadian tersebut yang dikongsikan oleh Badan Geologi itu menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi ramai.

Gunung Merapi merupakan antara gunung berapi paling aktif di Indonesia dan telah meletus berkali-kali sepanjang sejarah.

Sumber:detiknews
Intipati
  • Gunung Merapi dilaporkan meletus dan menghamburkan awan panas sejauh 2,000 meter.
  • Badan Geologi Indonesia memaklumkan awan panas bergerak ke arah barat daya.
  • Orang ramai dinasihatkan menjauhi kawasan berbahaya dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan