Kebiasaannya, pelumba Formula Satu (F1) tiba di lokasi perlumbaan menaiki pesawat sebelum meneruskan perjalanan dengan kereta.
Namun, pelumba Cadillac F1, Valtteri Bottas memilih cara berbeza apabila mengayuh basikal sejauh 350 kilometer dari Sepang ke Singapura menjelang Grand Prix Singapura.
Bottas Dah Sampai Singapura
Menurut laporan AsiaOne, pelumba Finland berusia 37 tahun itu tiba di Singapura pada petang tadi, selepas merentasi Tambak Johor.

Bottas dilihat melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar sekitar jam 2.20 petang sebelum melepasi Woodlands Crossing kira-kira 20 minit kemudian.
Sepanjang perjalanan itu, beliau ditemani Shaiful Nizam Yahya, yang bersamanya sejak kayuhan dari Litar Antarabangsa Sepang bermula pada malam Ahad.
Masih mampu senyum, tunjuk isyarat ‘V’

Bottas dilaporkan tiba di Kulai, Johor pada petang Selasa sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.
Walaupun sudah mengayuh ratusan kilometer, beliau masih sempat mengukurkan senyuman lebar dan menunjukkan isyarat ‘V’.
Gelagat itu dirakam selepas beliau melepasi Woodlands Crossing dan sekali lagi ketika menyusuri Woodlands Road.
Bottas Kongsi Berbasikal Malam-malam, Redah Kebun Sawit
Sebelum ini, tular pemandu pasukan Cadillac itu berkongsi satu video memaparkan dirinya sedang berbasikal di sebuah jalan gelap yang sempit dan hanya diterangi cahaya daripada lampu basikalnya.
Menjengah ke akaun Strava milik pemandu terkenal itu, Bottas turut memuat naik satu hantaran dengan kapsyen berbunyi “Malaysia to Singapore Day 1”.
Mengikut laluan yang telah dilalui Bottas, pemandu itu memulakan perjalanannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLI2) pada malam Ahad.
Selain itu, di juga berkongsi momen sepanjang perjalanan hari kedua dan ketiga dan kini tiba di Singapura.
Grand Prix Singapura dijadualkan berlangsung di Marina Bay dari 9 hingga 11 Oktober
