“Mesti Awek Melayu Buat Dia,” Netizen Terhibur Lihat Kanak-Kanak “Healing” Tepi Tingkap Kereta
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak dikenali sebagai Ho Race menjadi perhatian warga maya selepas menyanyikan lagu berjudul Orang Yang Salah di dalam sebuah kereta.
Dalam klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun Ng Chee Kean (bapa) di Facebook, Ho Race yang berada di tempat duduk belakang pemandu menyanyikan lagu dari Luvia Band, kumpulan band Indonesia.
Perempuan mana yang menyakiti hatimu dik?
Disebabkan tubuh badannya menghadap ke sudut tingkap kereta, membuatkan Ho Race seolah-olah sedang patah hati sambil memerhati pemandangan luar.
“Gayung tak bersambut…cinta pun telah pupus…terhempas ditelan dusta…,”
“Ku sudah mencuba…tuk berikan bunga….,” nyanyi kanak-kanak lelaki itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tak kering gusi melihat cara kanak-kanak berusia lapan tahun itu menghiburkan diri.
BACA: Bekas Pelajar TVET Mampu Buka Tiga Cawangan Syarikat Fabrikasi & Perpaipan, Gajikan Lebih 80 Orang Staf
Sebahagian mereka turut berseloroh mengatakan Ho Race baru sahaja patah hati ditinggalkan kekasih. Malah, ada juga yang memberikan kata-kata semangat untuknya di ruangan komen.
“Siapa wanita yang sakiti jau dik? Engkau kasi knuckle ball kepala dia satu kali,” komen salah seorang pengguna.
“Betul-betul patah hati ni. Mei Mei. Tolonglah. Jangan sakitkan hatinya,” komen salah seorang lagi.
“Lagu Melayu. Mesti awek Melayu yang buat dia macam ni,” komen pengguna lain.
“Ini baru betul drama,” seloroh pengguna lain sambil terhibur.
Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 18,000 tanda suka’ dan lebih 1,000 komen serta perkongsian di platform berkenaan.
Terdahulu, Ng Ho Race yang berusia lapan dan abangnya Ng Ho Wie sembilan tahun menjadi perhatian media selepas kedua-dua diberikan pendedahan sukan bola sepak sejak kecil oleh bapanya.
Sumber: Facebook Ng Chee Kean