Siakap Keli
Wanita kenakan penjual ais krim
Kredit: Vebby Palwinta & Razi via TikTok

Ramai Terhibur, Puas Hati Lihat Wanita Ini Kenakan Penjual ‘Ais Krim Turki’ Di Bukit Bintang

Ramai Terhibur, Puas Hati Lihat Wanita Ini Kenakan Penjual ‘Ais Krim Turki’ Di Bukit Bintang

Bukit Bintang yang terletak di Kuala Lumpur merupakan salah satu ‘hotspot’ yang sering dikunjungi oleh bukan sahaja para pelancong, tetapi masyarakat tempatan sendiri.

Siapa saja yang tidak tahu bahawa di situlah ‘syurga’ beli-belah Malaysia, lubuk pelbagai aktiviti menarik dan ‘port’ makan menarik di sekitarnya.

Bila berjalan di kawasan popular itu, para pengunjung pasti tidak akan melepaskan peluang menyejukkan tekak yang kering dengan berkunjung di salah satu gerai menjual ais krim Turki, dikenali sebagai “Dondurma”.

Tidak seperti gerai menjual ais krim lainnya, gerai ini sedikit unik dan berbeza kerana penjual kebiasaannya akan membuat helah dan ‘trick’ untuk menghiburkan pelanggan mereka.

Tapi, walaupun mereka melakukannya untuk tujuan hiburan, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat individu atau kanak-kanak yang merasa geram apabila dipermainkan oleh penjual ais krim itu.

Malah, ada juga yang marah dan menangis kerana dipermainkan dan tidak boleh mendapatkan ais krim yang dipesan dengan mudah.

BACA: Bekas Pelajar TVET Mampu Buka Tiga Cawangan Syarikat Fabrikasi & Perpaipan, Gajikan Lebih 80 Orang Staf

Selalu tengok penjual ais krim Turki ‘trick’ pelanggan, wanita ini pula kenakan balik si penjual

Baru-baru ini, insiden sama turut berlaku kepada seorang wanita tetapi gelagat spontannya ‘membalas’ kembali helah si penjual telah mendapat perhatian ramai pengguna TikTok.

Dalam video yang dimuat naik oleh @vebbyrazistory, kelihatan seorang wanita sedang membeli ais krim Turki tersebut.

Pada mulanya, sama seperti pelanggan yang lain, wanita itu dipermainkan oleh si penjual ais krim sebelum dia boleh mendapatkan pencuci mulut itu.

Seperti biasa, penjual ais krim itu membuat trick dengan memberikan kon kosong tanpa ais krim, menyebabkan wanita itu berasa geram tapi tetap terlihat tenang.

Wanita itu menahan sabar hinggalah dia berjaya mendapatkan ais krimnya walaupun terpaksa ‘berlawan’ dengan si penjual.

Wanita itu kemudiannya dengan senyuman, menghulurkan wang kertas dipercayai bernilai RM20 kepada si penjual.

Tapi, lucunya, wanita itu kembali mempermainkan si penjual dengan menggerakkan tangan ke atas, bawah, kiri dan kanan, membuatkan penjual sukar mengambil wang tersebut.

Kegembiraan dan rasa puas hati jelas terpancar di wajah wanita tersebut kerana berjaya mengenakan semula si penjual ais krim.

Gelagatnya sebelum beredar dari kedai tersebut juga mencuit hati.

@vebbyrazistory

Disaat emak emak anak dua di ajak main begini be lyke …. 🤪🔥 #vebbyrazistory #fyp #fypシ #kontenhiburan #funnyvideos #vebbypalwinta

♬ original sound – Vebby Palwinta & Razi – Vebby Palwinta & Razi

‘Dendam’ seolah-olah sudah terbalas, warga maya puas hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji dan turut berpuas hati dengan gelagat spontan wanita itu.

Malah, ada yang mengatakan tindakan wanita itu menghiburkan dan ‘dendam’ mereka selama ini terbalas.

“Puas hati aku,”

“Kau jangan main-main dengan perempuan tau. Terima kasih sudah mewakili para wanita,”

“Jangan main-main dengan makhluk bernama wanita, bang,”

“Aku geram setiap kali tengok video orang beli ais krim tu. Kali ni aku terhibur,”

“Terima kasih sebab balas dendam untuk kami,”

BACA: Pengguna Iphone Kena Tahu 10 Ciri Baharu iOS 18

BACA: Rupa-Rupanya Ini ‘Petunjuk’ Lain Nak Tahu Berapa Lama Produk Selamat Diguna

BACA: Kalau Pizza Bulat, Kenapa Disimpan Dalam Kotak Petak? Ini Sebabnya

Sumber: Vebby Palwinta & Razi via TikTok

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.