Pengguna Iphone Kena Tahu 10 Ciri Baharu iOS 18
Aplikasi Photos dengan “wajah baru”
Dalam iOS 18, aplikasi Photos telah mengalami perubahan yang boleh dikatakan menarik. Kini, ia memaparkan grid foto di bahagian atas dengan susunan baru, diikuti dengan kumpulan foto mengikut tarikh hari seperti hari ini dan semalam.
Selain itu, aplikasi Photos akan mengkategorikan gambar-gambar kepada tema tertentu seperti “People & Pets” dan banyak lagi, di mana pengguna boleh menyematkan foto kegemaran di bawah bahagian tertentu.

Perubahan besar lainnya adalah kehadiran fungsi untuk menyembunyikan tangkapan skrin dengan sekali sentuh butang “Sembunyi tangkapan skrin”, membolehkan pengguna fokus pada foto kenangan tanpa gangguan.
Bebas kawal Pusat Kawalan (Control Center)
Dalam iOS 18, pengguna akan memiliki lebih banyak kawalan terhadap Pusat Kawalan. Pusat Kawalan ialah menu pilihan yang boleh diakses dengan menarik ke bawah dari sudut kanan atas iPhone.

Kini, Pusat Kawalan tidak lagi terhad kepada aplikasi Apple sahaja. Apple akan membenarkan aplikasi pihak ketiga kegemaran pengguna untuk diletakkan pada Pusat Kawalan.
Selain itu, pengguna juga boleh menukar butang lampu suluh dan kamera pada skrin kunci dengan aplikasi lain seperti Nota untuk memulakan dokumen baru dengan lebih cepat.
Lebih privasi untuk Aplikasi
Apple memperkenalkan fungsi baru yang membolehkan pengguna “mengunci” aplikasi tertentu menggunakan Face ID.

Dengan ini, maklumat dari aplikasi-aplikasi tersebut tidak akan muncul dalam pemberitahuan, carian atau cadangan Siri sehingga pengguna membukanya dengan muka mereka.
Pengguna juga boleh menyembunyikan aplikasi di belakang Face ID untuk menjaga privasi mereka dalam folder aplikasi yang tersembunyi.
Aplikasi Mail dikemas kini lebih terurus
Aplikasi Mail asal pada iPhone akan mengalami perubahan dan lebih ‘terurus’ untuk memudahkan pengguna dalam pengurusan e-mel. Pengguna akan dapat mengatur e-mel dalam kategori seperti Primary, Transactions, Updates dan Promotions.
Ini membolehkan pengguna untuk dengan mudah mengendalikan dan menyusun e-mel mereka berdasarkan jenis dan kepentingan.

Selain itu, Apple juga akan memperkenalkan fungsi “ringkasan” yang mengelompokkan mesej dari pengirim yang sama ke dalam satu tab.
Bagaimanapun, perubahan aplikasi Mail ini dikhabarkan tidak tersedia pada pelancaran iOS 18, tetapi dijangka akan ditambah kemudian pada tahun ini.
Aplikasi baru “Passwords”
Apple baru saja melancarkan aplikasi terbaru dikenali “Passwords” yang bertujuan untuk menyimpan kata laluan. Aplikasi ini dapat diakses pada peranti iPhone, iPad, Mac dan Vision Pro.

Selain menyimpan kata laluan, aplikasi ini juga mengenal pasti kata laluan yang mungkin ‘bocor’ dalam data serta memudahkan penggunaan kod pengesahan, kata laluan rangkaian Wi-Fi dan kunci laluan.
BACA: Rupanya Ini Maksud Stiker Huruf A, C, T, KA Yang Ditampal Pada Lori
BACA: Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Mei
BACA: Skrin Besar, Keseronokan Lebih! Terokai Dunia Hiburan anda dengan sooka TV Stick
Sumber: CNN Underscored