Siakap Keli
petunjuk berapa lama produk selamat
Sumber: Zack D. Films via YouTube

Rupa-Rupanya Ini ‘Petunjuk’ Lain Nak Tahu Berapa Lama Produk Selamat Diguna

Rupa-Rupanya Ini ‘Petunjuk’ Lain Nak Tahu Berapa Lama Produk Selamat Diguna

Macam mana kita nak tahu berapa lama sesuatu produk dapat digunakan? Yang muncul dalam fikiran semua pasti, “Tengok tarikh luputlah”.

Betul, kebiasaannya, kita akan tahu tempoh masa produk dapat digunakan dengan mencari perkataan atau nombor bertulis ‘EXP: DD/MM/YYYY’.

Tapi, tahukah anda bahawa ada satu lagi ‘petunjuk’ tentang macam mana kita nak tahu berapa lama sesuatu produk dapat digunakan?

Ini pasti ramai tak tahu dan terlepas pandang, atau mungkin ‘tak kisah’.

Perasan tak simbol ‘bekas terbuka’ kecil yang sering muncul pada keterangan produk, terutamanya produk-produk kecantikan dan kesihatan?

Kredit: Zack D. Films

Simbol ini rupa-rupanya bukanlah sekadar gambar hiasan, melainkan mempunyai makna tersirat yang boleh memberi manfaat kepada kita.

Itulah simbol PAO (Period After Opening), yang sebenarnya memberikan kita petunjuk tentang berapa lama suatu produk akan kekal ‘baik’ selepas kita membuka atau menggunakannya.

Simbol PAO biasanya mengandungi nombor diikuti dengan huruf ‘m’, yang merujuk kepada bulan (month).

Jika kita melihat tulisan ’12m’ pada simbol itu, ini bermakna produk tersebut masih boleh digunakan dengan selamat untuk tempoh 12 bulan selepas kita membukanya.

Kadang-kadang, apabila kita terlalu lama menggunakan sesuatu produk, tarikh luputnya boleh ‘menghilang’ atau tidak lagi terbaca dengan jelas.

Ini disebabkan oleh tindakan berulang kali membuka dan menutup produk, dan boleh membuat tarikh luput asal terhapus.

Jadi, walaupun kita mungkin tidak dapat melihat perkataan ‘expiry’ dengan jelas pada produk, simbol PAO ini tetap menjadi cara yang mudah dan nyata untuk kita memahami berapa lama kita boleh menggunakan produk selepas dibuka.

Menarik kan? Ini mungkin perkara baru yang kita sama-sama ketahui hari ini.

Semoga bermanfaat.

BACA: Pengguna Iphone Kena Tahu 10 Ciri Baharu iOS 18

BACA: Kenapa Tapak Tin Air Bergas Direka Serong Ke Dalam? Bukan Saja-saja, Ini Jawapannya

Sumber: Zack D. Films via YouTube

Sharifah Hannah Adibah