Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit Gambar: Sinar Harian

Tumpahan Minyak Akibat Pelanggaran Kapal, JAS Pantau Perairan Pengerang

Azizah Najib

Tumpahan Minyak Akibat Pelanggaran Kapal, JAS Pantau Perairan Pengerang

JOHOR BAHRU, 20 Jun (Bernama) — Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor giat menjalankan pemantauan susulan kes pelanggaran kapal di Terminal Pasir Panjang, Singapura hingga menyebabkan berlaku tumpahan minyak bahan api marin (MFO) 380 sulfur rendah di perairan Pengerang, Selasa lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata jabatan itu menerima maklumat daripada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura berhubung kejadian tumpahan minyak dianggarkan sebanyak 400 tan, pada 8.30 pagi.

Beliau berkata susulan itu pihak JAS telah meminta bantuan daripada Jabatan Laut Wilayah Selatan, Lembaga Pelabuhan Johor, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Marin Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Dialog Terminals Pengerang Sdn Bhd serta Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Pengerang bagi membantu aktiviti rondaan dan mendapatkan maklumat keadaan semasa di laut.

“JAS turut menerima maklumat daripada MPP bahawa terdapat pencemaran minyak di pantai Sungai Rengi, Pengerang di Kota Tinggi pagi semalam. Sehubungan itu, rondaan dan pemantauan di pantai berkenaan akan diteruskan hari ini.

“(Bahkan) sekiranya perlu Pelan Tindakan Pembersihan Pantai akan diaktifkan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan di pantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Wanita Habiskan 12 Tahun Hidup Di Hospital Mental Hanya Kerana Bahasanya Tidak Difahami

Pada masa sama, Ling berkata agensi berkaitan akan meneruskan pemantauan tumpahan minyak di sepanjang perairan Pengerang dari semasa ke semasa.

“Kerajaan negeri juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi rondaan dan pemantauan pencemaran tumpahan minyak ini,” katanya.

Mesyuarat khas insiden tumpahan minyak

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Surat Aznan Tamin menerusi laman Facebooknya berkata satu mesyuarat khas dipengerusikan Pegawai Daerah Kota Tinggi Ahmad Nazir Mohd Nasir akan diadakan esok bagi membincangkan insiden tumpahan minyak itu.

Menurut Aznan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, tujuan utama mesyuarat itu bagi mencapai ketetapan tertentu serta langkah intervensi yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlaku kejadian lebih buruk.

“Saya bersama Ahmad Nazir dan Pengarah JAS negeri Dr Mohd Famey Yusoff telah meninjau kawasan yang tercemar akibat tumpahan minyak.

“Pada 14 Jun (Jumaat) lepas, sebuah kapal Vox Maxima dari Belanda melanggar kapal tangki minyak Marine Honor dari Singapura yang menyebabkan kira-kira 400 tan minyak bocor ke perairan sekitar pantai Singapura dan telah merebak ke perairan negara serta diunjurkan akan merebak hingga pantai Teluk Ramunia,” katanya.

Sumber: Bernama

BACA: Curi Wang RM24.2 Juta: 13 Individu Termasuk Empat Kakitangan Bank Ditahan

BACA: Buat Kerja Sekolah Di Bilik Hotel, Lamine Yamal Curi Tumpuan Ramai