Siakap Keli
pandu laju digodam

Abang Gan Dedah Saluran Pandu Laju Digodam, Kini Kena “Remove” Dengan Youtube

Abang Gan Dedah Saluran Pandu Laju Digodam, Kini Kena “Remove” Dengan Youtube

Saluran Youtube Pandu Laju yang terkenal dengan ulasan dunia automotif dilapor telah digodam dan kini telah dihapuskan oleh penyedia platform tersebut.

Menurut Pengarah Urusan GYL Media Service Sdn Bhd, Gan Yong Li, perkara berkenaan disedari oleh pihaknya kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Katanya yang lebih dikenali sebagai Abang Gan, usaha untuk mendapatkan semula saluran tersebut selepas digodam berjaya membuahkan hasil.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 11 pagi tadi Youtube telah menghapuskan saluran Pandu Laju keranda didakwa telah melanggar Community Standards,” katanya.

Saluran Pandu Laju digodam, kini dihapuskan oleh Youtube

Justeru, usaha untuk mendapatkan semula saluran berkenaan kini sedang giat dijalankan oleh pihak Pandu Laju.

“Abang hendak minta jasa baik semua doakan supaya saluran Pandu Laju dapat dikembalikan semula. Doakan terbaik buat kami,” katanya lagi.

Menurut Abang Gan, saluran berkenaan mungkin dinilai telah melanggar Community Standard semasa berada dalam kawalan pihak penggodam.

Katanya lagi, dalam tempoh tersebut pihak penggodam telah bertindak melakukan penstriman langsung video.

Carian Pandu Laju di Youtube tidak mengeluarkan hasil carian seperti biasa

Dalam pada itu, carian ‘Pandu Laju’ yang dibuat menerusi platform Youtube tidak mengeluarkan hasil carian yang biasa dilihat oleh pengikut-pengikut saluran berkenaan.

Difahamkan, saluran berkenaan memiliki lebih 500,000 langganan dan antara saluran Youtube dunia automotif paling popular di Malaysia.

Selain di Youtube, Pandu Laju juga turut aktif dan boleh diikuti di platform lain seperti di Facebook, Instagram dan TikTok.

BACA: Ayah Nekad Cipta Kerusi Roda Khas Untuk Anak Hidap Spina Bifida

Sumber: Abang Gan

Athirah

When nothing goes right, go left.