Siakap Keli
suami serah diri selepas bunuh isteri
Sumber: Bernama

Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Bunuh Isteri Dalam Bilik Hotel

Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Bunuh Isteri Dalam Bilik Hotel

IPOH, 20 Jun (Bernama) — Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Md Noor Aehawan Mohamad berkata suspek berusia 36 tahun ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah pada kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata suspek menyerah diri di kaunter aduan dengan memaklumkan dia telah membunuh isterinya berusia 32 tahun dalam bilik di hotel terbabit.

“Bertindak terhadap maklumat itu, pihak polis menemukan mangsa dengan kesan tikaman termasuk sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek di tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan, malam ini.

BACA: Polis Siasat Dakwaan Suami Pukul Isteri Di Port Dickson

Menurutnya siasatan awal mendapati motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasak walaupun telah dipujuk.

“Suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik sama semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP V.K. Gunaselan di talian 012-3634341 bagi membantu siasatan.

Sementera itu, bapa saudara mangsa ketika ditemui di Batu Gajah berkata pihaknya tidak menyangka nasib anak saudaranya itu berakhir dengan tragedi menyedihkan.

“Memang dia dan suami tidak sefahaman dan rumah tangga mereka mengalami keretakan hingga ke fasa penceraian namun tidak sangka terjadi perkara seperti ini.

“Mungkin mereka bertemu untuk berbincang namun ia menjadi kecoh selepas mangsa tidak pulang ke rumah semalam dan hari ini saya terima berita beliau sudah tiada,” katanya.

Sumber: Bernama

BACA: Murid Prasekolah Maut Dilanggar Van Sekolah

BACA: Top 10 Di Netflix Malaysia, Nightmares And Daydreams Berjaya Pukau Penonton

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: