Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penjaga kunci pintu kaabah
Gambar: Instagram Haramain Info

Ketua Pemegang Kunci Kaabah Meninggal Dunia

Azizah Najib

Ketua Pemegang Kunci Kaabah Meninggal Dunia

Ketua pemegang kunci pintu Kaabah, Sheikh Dr Saleh bin Zain Al-Abidin Al-Shaibi dilaporkan telah meninggal dunia pada hari ini.

Menurut laporan Haramain Info di Instagram, solat jenazah Allahyarham dijalankan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Mu’alla.

Beliau yang merupakan generasi ke-109 Uthman ibn Talha (RA) telah menjadi penjaga kunci tersebut seperti yang telah diamanahkan sejak 16 kurun yang lalu. Beliau juga merupakan penjaga yang ke-77 dari susur galur keluarga yang sama. Menurut Arab News, hanya ahli keluarga yang paling tua akan dilantik menjadi penjaga kunci ini.

Sheikh Dr Saleh menerima amanah tersebut selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia pada tahun 2013.

Lahir di Mekah, Allahyarham menerima pengajian sehingga ke peringkat kedoktoran dalam Pengajian Islam. Sebagai salah seorang profesor universiti, beliau pernah menulis beberapa buah buku berkaitan agama dan sejarah.

BACA: “Keliling Dataran Kaabah Ada…”, Lelaki Kongsi Foto-foto Indah Semasa Di Mekah Tahun 2014

Sejarah, sifat dan tugas penjaga kunci pintu Kaabah

Sebelum Bani Shaiba, keturunan Qusai bin Kilab bin Murrah merupakan penjaga Kaabah. Setelah berlakunya pembukaan Mekah, Rasulullah SAW menyerahkan kunci kepada keturunan Bani Shaiba pula untuk menjaganya, lapor Arab News.

“Moyang kami, Qusai bin Kilab, yang juga moyang kepada Rasulullah SAW, bertanggungjawab dalam menjaga Kaabah, menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada anak lelaki sulungnya, Abd Al-Dar. Beliau kemudiannya menyerahkan pula tanggungjawab itu kepada anak-anaknya,” kata Anas Al-Shaibi kepada Arab News. Anas Al-Shaibi merupakan salah seorang penjaga Masjidil Haram.

Menurut salah seorang lagi penjaga, Nizar Al-Shaibi, syarat untuk seseorang memikul tanggungjawab ini mestilah merupakan ketua keluarga, yang bertanggungjawab menjaga rumahtangga tersebut. Ketua keluarga tersebut mestilah seorang yang jujur dan memiliki sifat-sifat yang baik.

Selain daripada menjaga kunci pintu, Bani Shaiba juga bertanggungjawab menjaga Kaabah secara keseluruhannya. Hal ini termasuklah urusan mencuci, membersih, menyeterika dan memperbaiki kain Kiswah jika berlaku kerosakan atau terkoyak.

Malah, mereka juga bertanggungjawab menyantuni para pengunjung Kaabah. Namun, jika terdapat tetamu negara, pihak istana, Menteri Dalam Negeri dan pasukan khas akan bekerjasama dengannya.

BACA: (Video) Rakaman ‘Kelambu’ Kaabah Ditukar, Ramai Panjat Syukur Saksi Momen Indah

Sumber: Haramain, Arab News (1), (2)

BACA: Sah Ke Pegang Kaabah Ketika Buat Tawaf Umrah? Ini Jawapan Mufti Wilayah