Siakap Keli
jurujual klien snorkelling
Gambar: Fb Cuckoo TH Tan

“Nanti Saya Bagi Quotation,” Gelagat Jurujual Jawab Panggilan Klien Semasa “Snorkelling” Buat Ramai Geli Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Nanti Saya Bagi Quotation,” Gelagat Jurujual Jawab Panggilan Klien Semasa “Snorkelling” Buat Ramai Geli Hati

Apabila menginjak dewasa ini, saban hari pastinya memenatkan buat mereka yang sudah berkecimpung dalam dunia kerjaya masing-masing.

Bahkan, sewaktu cuti pun kadangkala terpaksa dikorbankan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Namun, itulah yang menjadi sumber pendapatan halal, hasil daripada titik peluh kita sendiri.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki sedang menjawab panggilan dipercayai berkait pekerjaannya sewaktu melakukan aktiviti snorkeling di tengah-tengah laut hingga mendapat perhatian ramai.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang lelaki di akaun Facebook Cuckoo by TH Tan.

Gambar: Fb Cuckoo TH Tan

BACA: “Mesti Awek Melayu Buat Dia,” Netizen Terhibur Lihat Kanak-Kanak “Healing” Tepi Tingkap Kereta

Lelaki yang lengkap berpakaian renang dan jaket keselamatan itu terlihat santai menjawab panggilan menggunakan telefon yang sudah diletakkan dalam plastik beg kalis air.

“Hi Encik Chong ya? Saya akan hantar ‘qoutation’ kepada awak kemudian. Saya sekarang tengah terapung (berenang)  di tengah-tengah laut.

“Ok saya akan hantar kemudian kepada awak. Saya akan hubungi awak kemudian jika terdapat apa-apa soalan.

“Tiga unit ya? Okay okay!” ujarnya sambil terapung memakai jaket keselamatan.

Gambar: Fb Cuckoo TH Tan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati dan pecah perut melihat karenahnya melayani pekerjaan tanpa tekanan.

Bahkan ramai yang memuji dan kagum dengan komitmen yang ditunjukkannya dalam bekerja. Semangat seperti itu yang patut dicontohi oleh pekerja-pekerja di luar sana.

“Menyeberangi lautan untuk mengambil pesanan pelanggan,” komen salah seorang pengguna.

“Berdedikasi,” tulis seorang sambil meletakkan tanda emoji ketawa.

“Masa depan mesti dijual!” komen seorang lagi pengguna.

“Aku bila bagi tahu bos, aku nak bekerja dari jarak jauh minggu ini,” kata pengguna lain.

“Aku tengah terapung dekat tengah laut ni, tukang telefon; Ha?” seloroh pengguna lagi.

Sumber: Facebook Cuckoo TH Tan

BACA JUGA: Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

BACA JUGA: Gadis Terhibur Muka Member Persis Alif Satar, Sekali Alif Satar ‘Real’ Datang Komen

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"