Siakap Keli
suami isteri cedera anak kandungan gugur
Sumber: Astro Awani

Pokok Tumbang: Suami Isteri Cedera Parah, Anak Dalam Kandungan Gugur

Pokok Tumbang: Suami Isteri Cedera Parah, Anak Dalam Kandungan Gugur

Sepasang suami isteri dilaporkan cedera parah manakala anak dalam kandungan berusia lima bulan gugur akibat pokok tumbang susulan ribut di Simpang Empat, Kangar, pada awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Baeyah Abdul Wahab berkata, dalam insiden tragis itu, mangsa, Muhammad Danish Hakim Hanizam, 18, dan isterinya, Nuraleya Syazreena Roslan Anuar, 18, sedang menaiki motosikal di Kampung Padang Benta pada jam 3.15 pagi.

Siasatan awal mendapati bahawa Nuraleya Syazreena menunggang motosikal berkenaan manakala suaminya Muhammad Danish Hakim Hanizam membonceng

“Kejadian jam 3 pagi itu berlaku ketika pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai makan di Sungai Baru, Simpang Empat menuju ke kediaman mereka di Kampung Sungai Bugis.

“Tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian, sebatang pokok tumbang menghempap motosikal dinaiki mereka,” kata Baeyah.

Difahamkan, pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mendapati Nuraleya Syazreena mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan dalam kepala.

“Selain itu, Nuraleya Syazreena turut patah tulang pinggang kiri dan kanan manakala kandungannya yang berusia berusia lima bulan disahkan meninggal dunia oleh doktor.

“Dia masih dirawat di wad kecemasan HTF bersama suaminya yang patah tulang paha kaki kanan,” katanya.

BACA: Anggota Polis Maut Van Dipandu Dihempap Pokok Tumbang Di Lahad Datu

BACA: Pekerja Warga Bangladesh Maut, Tertimbus Runtuhan Tanah

BACA: Berang Ditinggal Beraya Seorang Diri, Lelaki Tergamak Langgar Kereta Dipandu Isteri

Sumber: Astro Awani

Sharifah Hannah Adibah