“Dia Dah Tarik Lengan Baju” – Wanita Baju Hijau ‘Membawang’ Buat Ramai Terhibur
Pernah tengok tak riak wajah dan reaksi wanita ‘membawang’ sesama mereka?
Siapa saja yang tidak tahu kalau ‘membawang’ adalah rutin ‘wajib’ golongan wanita, terutamanya bila mereka berkumpul dengan rakan baik sendiri.
Ada yang tersengih, ada yang geleng kepala tak percaya atau tak sangka dengan berita yang didengari di cuping telinga, ada juga yang menyampuk dengan soalan-soalan panas.
Orang cakap, kebiasaan inilah tanda persahabatan, dan waktu itulah segala bentuk dan genre cerita dikongsikan.
Baru-baru ini, satu video dikongsikan oleh pengguna TikTok, @yfg1231, memaparkan sekumpulan wanita kelihatan ‘membawang’ telah meraih perhatian warga maya di laman TikTok.
@yfg1231 Starter pack baju hijau tu tarik lengan baju 😂
Video yang mencecah 900 ribu jumlah tontonan itu menampilkan tiga orang wanita yang mungkin rakan baik, seolah-olah sedang mengadakan ‘perbincangan’ yang sangat serius.
Namun, melihat kepada reaksi mereka, warga maya terutamanya para wanita pasti tahu bahawa mereka sebenarnya dalam ‘sesi membawang’, yang menjadi rutin ‘wajib’ kebanyakan wanita setiap kali bertemu.
Apa yang menariknya, gelagat seorang wanita berbaju hijau dalam video tersebut mencuri tumpuan ramai.
Pada mulanya, dia kelihatan hanya mendengar dengan penuh minat gosip panas yang diceritakan oleh dua rakannya.
Namun, tidak lama selepas itu, dia mula menarik lengan bajunya, menandakan dia sudah bersedia untuk ‘join sekaki’ dalam perbincangan hangat itu.
“Kalau dia tarik lengan baju mesti cerita dah panas”
Reaksi spontan dan ekspresi wajah wanita berbaju hijau ini mengundang gelak tawa dan membuatkan ramai yang menonton merasa terhibur.
Rata-rata komen yang diterima menyatakan bahawa aksi wanita itu benar-benar menggambarkan situasi sebenar yang biasa berlaku dalam kalangan wanita ketika mereka berkumpul dan membawang.
“Aku paling suka bila tengok reaksi muka orang perempuan bila bercerita,”
“Bila dia dah mula tarik lengan baju tu memang sampai malam dia punya cerita,”
“Lepas dia tarik lengan baju, mulakan dengan ‘aku bukan nak kata apa la tapi’,”
Tak cukup satu, @yfg1231 siap belanja “part 2” rakaman video ‘sesi membawang’ kumpulan wanita itu.
@yfg1231 Replying to @shazwarohiza okayyy lepatu dia starttt bagi ✨pandangan✨
BACA: Ramai Terhibur, Puas Hati Lihat Wanita Ini Kenakan Penjual ‘Ais Krim Turki’ Di Bukit Bintang
BACA: “Ipar Adalah Maut”: Adaptasi Kisah Benar Cinta Terlarang Suami & Adik Kandung, Khianat Isteri
BACA: Apa Sebab Semut Suka Bersarang Dalam Soket Plug? Ini Jawapannya
Sumber: By yun via TikTok