Siakap Keli
semut soket plug
Gambar: TikTok @khairunnaim4 & Sinar

Apa Sebab Semut Suka Bersarang Dalam Soket Plug? Ini Jawapannya

Apa Sebab Semut Suka Bersarang Dalam Soket Plug? Ini Jawapannya

Kehadiran semut dalam rumah tentunya mengundang rasa tidak selesa terhadap penghuni rumah, lebih-lebih lagi jika serangga itu datang dalam kuantiti yang banyak.

Serangga kecil ini gemar mencari makanan manisan yang disimpan atau ditinggalkan di dalam rumah.

Namun, dalam kes berbeza serangga ini bukan sahaja suka mencemarkan makanan, malah gemar bersarang di dalam soket plug rumah.

Tentu timbul persoalan tentang perkara ini, kerana soket ini hanya terdiri daripada plastik dan kumpulan wayar malah tiada kandungan gula. Pelik bukan?

Jadi, jom ikuti perkongsian seorang pengguna TikTok @khairunnaim4, yang selalu berkongsi ilmu-ilmu bermanfaat berkenaan kawalan haiwan perosak di bawah.

Kenapa semut suka buat sarang dalam suis rumah?

Gambar: TikTok @khairunnaim4

Menurutnya, kehadiran semut di dalam rumah adalah berlandaskan dua sebab iaitu, mencari tempat perlindungan dan makanan.

“Jadi di dalam rumah kita ini, laluan mana paling selamat semut nak guna cari tempat perlindungan dan juga cari sumber makanan?

“Jawapan dia dekat plug point. Sebab ia masuk dekat satu plug point, boleh keluar dekat seluruh rumah kita,” ujarnya dalam klip tersebut.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Terowong rahsia dalam rumah

Gambar: Sinar

Tambahnya, setiap plug di dalam rumah saling berhubung jadi ia memudahkan pergerakan semut di mana-mana sama ada di dalam bilik, dapur, ruang tamu dan sebagainya.

Bahkan laluan ini juga jauh lebih selamat berbanding dengan laluan biasa di luar seolah-olah menjadi ‘terowong rahsia buat serangga itu.

Cara atasi

Jelasnya, terdapat cara untuk mengatasi masalah semut bersarang di dalam soket plug iaitu menggunakan racun bukan bersifat air.

Sekiranya penghuni rumah menggunakan racun yang bersifat water based, ia boleh berisiko berlakunya renjatan pada sistem pendawaian rumah.

Sebaliknya, orang ramai disarankan untuk menggunakan racun yang bersifat gel.

“Kita titik satu atau dua tempat kemudian semut akan pergi ke gel tersebut kerana ia tertarik kepadanya. Ia juga akan makan racun dan bawa balik pada sarang dia.

“Dengan cara itu, kita dapat menghapuskan kesuluruhan koloni semut yang ada dalam soket atau plug point dalam rumah,” katanya.

Info tambahan mengenai masalah ini turut dikeluarkan di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM).

Berikut alasan semut berkumpul di dalam kotak elektrik oleh PHM;

Apabila semut terkena renjatan elektrik, ia membebaskan hormon pheromones yang boleh menarik lebih banyak semut lain.

Selain itu, semua semut lain turut mati dan membebaskan hormon sama.

Semakin lama, semakin banyak bangkai semut terkumpul dan menyebabkan kerosakan peralatan elektrik.

Sumber: TikTok @khairunnaim4, Public Health Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"