Siakap Keli
Warga emas parah tersepit
Sumber: Sinar Harian

Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

Warga Emas Parah Tersepit Selepas Kereta Rempuh Bas

Seorang lelaki warga emas cedera parah selepas tersepit dalam kereta yang dipandunya, yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas berdekatan Majlis Perbandaran Sungai Petani, pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim, menyatakan bahawa Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 2.20 petang.

Menurut Muhamad Syukri, PGO Kedah telah mengarahkan sebuah jentera dari BBP Tikam Batu bersama tujuh anggota untuk menuju ke lokasi kejadian, dan mereka tiba pada jam 2.27 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah bas.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kereta berkenaan akibat kemalangan. Tindakan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Muhamad Syukri berkata, mangsa yang berusia 71 tahun itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Petani menggunakan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Muhamad Syukri turut memaklumkan bahawa kejadian tersebut berjaya dikawal pada jam 2.45 petang sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.05 petang.

BACA: Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Selatan Ragut Nyawa Seorang Pekerja, 21 Terperangkap

BACA: Tanah Runtuh Di Kaki Gunung Kinabalu

BACA: Wanita Ditemui Maut Dijerut Kabel Mikrofon

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.