Siakap Keli
ibu bapa anak sulung
Gambar: TikTok @b.o.n.d.a7

Hadiah Basikal: Ibu Bapa “Prank” Anak Sulung, Reaksi Matang Anak Jadi Tumpuan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hadiah Basikal: Ibu Bapa “Prank” Anak Sulung, Reaksi Matang Anak Jadi Tumpuan

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sepasang pasangan suami isteri membelikan hadiah basikal untuk anak-anak mereka.

Menerusi video yang dimuat naik yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @b.o.n.d.a7, ia menunjukkan pasangan suami isteri itu membelikan hadiah untuk anak-anaknya.

Pasangan tersebut membelikan dua buah basikal untuk dua orang anaknya namun mereka tidak memberikannya secara terus, sebaliknya membuat sedikit ‘kejutan’ untuk anak sulung mereka.

Suami isteri tersebut merancang untuk melakukan prank terhadap anak sulung perempuan mereka dengan memberikan basikal kepada adiknya terlebih dahulu.

Gambar: TikTok @b.o.n.d.a7

BACA: Tular Video Pengantin Lelaki Lafaz Akad Nikah Ala-ala Pengulas Bola Sepak

Dalam klip berkenaan, kanak-kanak perempuan tersebut gembira setelah melihat sebuah basikal dihadiahkan kepada adiknya, dan menyangka dia juga akan menerima hadiah itu.

Gambar: TikTok @b.o.n.d.a7

“Muka dah gembira sebab ingat dia punya pun ada, selalu memang kalau beli apa-apa mesti semua dapat,” tulis dalam video itu.

Walau bagaimanapun, riak wajahnya mula berubah selepas menyedari hanya sebuah basikal sahaja yang ada dan ia diberikan kepada adiknya.

Tetapi, dia cuba untuk menyembunyikan perasaan sedih dengan tidak merungut mahupun kecewa sehingga terlupa untuk menyalam tangan ibunya sebelum gerak ke sekolah.

Gambar: TikTok @b.o.n.d.a7

Pun begitu, kekecewaannya tidak kekal lama selepas dia melihat sebuah lagi basikal berada di perkarangan tempat letak kereta rumah.

Apabila dia keluar sahaja dari pintu rumah terdapat sebuah lagi basikal dengan tulisan daripada ibu bapanya, yang diberikan khas untuknya.

Selepas melihat basikal itu, kanak-kanak tersebut terus lari memeluk ayahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bergelinang air mata melihat gelagat kanak-kanak perempuan itu.

Sebahagian mereka turut memuji sikapnya yang matang sebagai seorang anak sulung meskipun usianya masih muda.

“Kenapa air mata saya jatuh?” komen seorang pengguna.

“Terima kasih kak dah tenangkan inner child saya sebagai anak sulung. Nangis saya tengok,” luah pengguna lain.

“Aku seorang bapa aku nangis bila tengok video TikTok ni. Bahagia ya tengok anak-anak gembira,” komen seorang pengguna lagi.

Video tersebut telah mendapat lebih 3.3 juta tontonan dengan lebih 225,000 tanda suka dan pelbagai komen.

@b.o.n.d.a7

ahh bonda yang nak prank bonda yang hujan 🥹 hahahahahhaha

♬ BUAH HATI ARMADA COVER BY DEDE AP – Dedap

Sumber: TikTok @b.o.n.d.a7

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.