Siakap Keli
kakitangan Prolintas Ditahan SPRM
Gambar: BERNAMA

Beberapa Kakitangan Ditahan SPRM Babit Kes Pembinaan – Prolintas

Beberapa Kakitangan Ditahan SPRM Babit Kes Pembinaan – Prolintas

KUALA LUMPUR — Beberapa kakitangan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.

Perkara itu disahkan oleh Prolintas dalam satu kenyataan.

Prolintas berkata pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak bertanggungjawab bagi membantu siasatan.

“Prolintas menerima maklum bahawa beberapa warga kerja kami telah ditahan reman oleh SPRM.

“Kami akan bekerjasama dan berusaha mengekalkan integriti serta tadbir urus korporat pada tahap tertinggi,” ujarnya pada semalam.

Terdahulu, lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat konsensi lebuh raya bergelar Datuk telah ditahan oleh SPRM berikutan disyaki terlibat rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion.

Kesemua suspek yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an hingga 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin lalu, menurut sumber.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

“Tiga daripada suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya, disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM1 bilion daripada lima pemilik syarikat, sebagai balasan mendapatkan kontrak mengambil alih kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan sebuah syarikat lain.

“Selain itu, mereka juga dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu seksyen projek lebuh raya lain di Lembah Klang yang bernilai lebih kurang RM670 juta. Keseluruhan nilai kedua-dua projek ialah RM 11 bilion,” katanya menerusi BERNAMA.

Difahamkan, ketua pegawai eksekutif itu bersama dua pengurusan tertinggi syarikat berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun, manakala lima pemilik syarikat pula direman selama tiga hari sehingga 27 Jun ini mengikut permohonan SPRM

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian, BERNAMA

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA JUGA: Bahan Bakar Berbaki Kurang 1 Bulan, 2 Angkasawan Kesuntukan Masa Untuk Pulang Dengan Selamat

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"