Terkini

Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
bahan bakar angkasawan kurang 1 bulan
Sumber: Business Today

Bahan Bakar Berbaki Kurang 1 Bulan, 2 Angkasawan Kesuntukan Masa Untuk Pulang Dengan Selamat

Hannah

Bahan Bakar Berbaki Kurang 1 Bulan, 2 Angkasawan Kesuntukan Masa Untuk Pulang Dengan Selamat

Dua angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Sunita Williams, mungkin perlu tinggal lebih lama di angkasa selepas NASA menangguhkan lagi kepulangan Boeing Starliner ke Bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Kepulangan kapal angkasa tersebut pada asalnya dijadualkan pada 13 Jun, namun terpaksa ditangguhkan kerana masalah teknikal, dan tarikh baru masih belum diketahui.

Boeing Starliner telah dilancarkan ke ISS pada 5 Jun 2024 dari tapak pelancaran di Cape Canaveral.

Bagaimanapun, semasa penerbangan 25 jam ke ISS, jurutera mengesan lima kebocoran gas helium dalam sistem pendorong kapal angkasa tersebut.

Pengurus program Boeing Starliner, Mark Nappi, mengesahkan bahawa terdapat masalah pada sistem pendorong kapal angkasa tersebut dan menyatakan bahawa ia tidak berfungsi seperti yang diharapkan.

Justeru itu, untuk memberi masa kepada jurutera menyelesaikan masalah ini, NASA telah melanjutkan tempoh penginapan kru di ISS sekurang-kurangnya tiga minggu.

Pelanjutan ini juga bertujuan untuk memastikan dua angkasawan itu dapat pulang dengan selamat.

Menurut Business Today, pendorong telah dihidupkan semula pada 15 Jun, dan jurutera mendapati kebanyakan masalah telah diatasi, walaupun punca sebenar masih belum dikenal pasti.

Namun, disebabkan had bahan bakar yang tinggal, Starliner hanya mampu berlabuh di ISS selama 45 hari sahaja.

Kini, sudah 18 hari berlalu, berbaki kurang daripada sebulan lagi untuk dua angkawasan itu pulang ke Bumi dengan selamat.

BACA: AirAsia Menang Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-15

Sumber: Business Today