Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
AirAsia Menang Anugerah Syarikat Penerbangan
Kredit: Bernama

AirAsia Menang Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-15

Athirah

AirAsia Menang Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-15

LONDON, 25 Jun (Bernama) — AirAsia terus melakarkan kecemerlangan apabila memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 untuk kali kelima belas berturut-turut dalam segmen syarikat penerbangan tambang rendah di peringkat global.

Syarikat penerbangan itu juga menerima gelaran Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia pada majlis anugerah tersebut.

Penghargaan berkenaan diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan AirAsia dalam mempromosikan ketersambungan dan menggiatkan semula pelancongan di seluruh rantau ASEAN.

Semasa menerima anugerah itu pada majlis yang diadakan di Fairmont Windsor Park dekat sini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia telah berusaha untuk berada di hadapan, mengambil laluan berliku untuk mentakrifkan semula dan mendemokrasikan akses kepada perjalanan udara.

Beliau berkata, ia memberi inspirasi untuk melihat pertumbuhan industri ini selama bertahun-tahun sejak penubuhannya.

AirAsia bermula pada tahun 2001 apabila Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun memperoleh syarikat penerbangan berkenaan yang mengalami masalah kewangan sebelum itu dengan dua pesawat dan 200 kakitangan, mengubahnya menjadikannya syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia, mempunyai lebih 200 pesawat dan 21,000 kakitangan di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

“Dipacu oleh tujuan mentakrifkan semula perjalanan udara di ASEAN dengan menyediakan kemampuan, keterangkuman dan kebolehcapaian, AirAsia adalah antara syarikat penerbangan terkemuka di rantau ini yang mengutamakan ketersambungan dan aktiviti pelancongan,” kata Tony dalam ucapannya pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 di sini.

Memanfaatkan rekod prestasi 23 tahunnya dalam operasi pelbagai hab yang disruptif di Asia, beliau berkata syarikat penerbangan itu terus menambah baik perkhidmatan pelanggan dengan ketara, semuanya hasil daripada penambahbaikan secara berterusan dalam urusan tempahan dan perjalanan serta perkhidmatan sampingan yang inovatif.

“Selain itu, pengaktifan semula armada (pesawat) kami yang sedang berjalan dan penghantaran pesawat baharu dalam beberapa bulan akan datang akan membolehkan AirAsia meneroka destinasi baharu yang berpotensi menambah laluan penerbangan merentasi Afrika dan Eropah.

“Kami juga menyedari cabaran dihadapi ketika membina (memulih) semula syarikat penerbangan ini daripada krisis terburuk dalam sejarah penerbangan tetapi hari ini kami bangkit semula dengan lebih kuat. Perjalanan udara kembali aktif, “the sky is the limit” (meneroka pelbagai peluang) dan kami bekerja keras untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian itu disebabkan kakitangan dan pelanggan AirAsia terdiri daripada 21,000 pekerja dan 800 juta penumpang yang terus menyokong AirAsia walaupun menghadapi banyak cabaran sejak beberapa tahun lepas.

“AirAsia terus menawarkan destinasi syarikat penerbangan lain tidak sediakan, kami masih menawarkan tambang terendah walaupun harga meningkat tetapi dengan menyediakan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Semasa Covid-19, beliau berkata AirAsia menghadapi tempoh paling mencabar dengan urusan bayaran balik, justeru anugerah berkenaan adalah penghargaan kepada mereka yang mempunyai keyakinan terhadap AirAsia walaupun impak pandemik itu terhadap industri penerbangan.

“Setakat ini, kami telah melunaskan bayaran balik tersebut dengan baki beberapa lagi masih dalam proses di Filipina,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax Edward Plaisted berkata, kemenangan AirAsia untuk kali ke-15 sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia mencerminkan dedikasi syarikat penerbangan itu menyediakan pilihan perjalanan udara berkualiti dan berpatutan kepada pelanggan di Asia.

Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax adalah setaraf dengan Anugerah Akademi (Oscars) dalam industri penerbangan, ditentukan oleh jutaan pengembara antarabangsa dengan keputusan anugerah akhir melibatkan lebih daripada 325 syarikat penerbangan.

Skytrax telah menjalankan Audit Syarikat Penerbangan Dunia bagi tempoh melebih 25 tahun.

Lebih 100 pelanggan dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian 2023/2024 dengan 21.42 juta penyertaan yang layak dikira dalam keputusan tersebut dari September 2023 hingga Mei 2024.

BACA: Macam Nak Meminang, Lelaki Sempat Berpantun Ketika Nak Bayar Bil Elektrik

Sumber: Bernama