Siakap Keli
Lain Daripada Yang Lain
Kredit: @my.sembiring via TikTok

Macam Nak Meminang, Lelaki Sempat Berpantun Ketika Nak Bayar Bil Elektrik

Macam Nak Meminang, Lelaki Sempat Berpantun Ketika Nak Bayar Bil Elektrik

Seperti yang kita ketahui, pantun adalah salah satu cabang puisi tradisional yang terkenal dengan masyarakat Melayu sejak dahula kala lagi.

Menurut portal Dewan Bahasa dan Pustaka, pantun merupakan puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap.

Dalam pada itu, tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua, iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud.

Biasanya sesebuah pantun dilontar bertujuan untuk menyampaikan nasihat, teguran, sindiran, meluahkan perasaan atau sebagai gurauan.

Sementara laras bahasa yang digunakan memang sangat puitis dan penuh kiasan, sehinggakan jika bertujuan untuk menegur, teguran yang dibuat tidak terasa kasar serta mudah pula diterima.

Hari ini, pantun boleh dikatakan hanya digunakan dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Contohnya dalam majlis pertunangan atau ketika dalam majlis keraian tertentu.

Anak Melayu berpantun ketika ingin bayar bil elektrik

Bagaimanapun baru-baru ini, tular tindakan seorang lelaki yang menggunakan patun pada situasi yang tidak disangka-sangka sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @my.sembiring, lelaki berketurunan Melayu Langkat itu dilihat sedang berpantun ketika ingin membayar bil elektrik di bahagian kaunter.

Lebih menarik, lelaki tersebut hanya berkomunikasi menggunakan pantun sepanjang urusan tersebut berjalan.

Video berdurasi 35 saat sarat dengan pantun empat rangkap

“Bukan batang sebarang batang, batang kami terbang burung gelati, Bukan datang sebarang datang, saya datang untuk bayar listrik (elektrik),” ujar lelaki berkenaan.

Bukan itu sahaja, malah lelaki tersebut sempat bergurau akan datang lagi pada bulan depan dengan menggunakan pantun.

“Burung bayan, burung cenderawasih, cukup sekian, terima kasih,” kata lelaki itu menjual pantun sebelum beredar.

Video berkenaan ditonton 4.3 juta penonton dan membuatkan ramai warga maya terhibur 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video yang dikongsikan oleh wanita itu.

Pada masa yang sama, ada juga yang cuba berpantun dan merasa bangga dengan kehebatan lelaki tersebut dalam berpantun.

“Burung di padi terbang melayang, patah sayap tak boleh terbang, dalam hati masih sayang, apa daya kalau sudah dimiliki orang,” ujar seorang wargamaya.

“Terbaik bang. Kalau bawa jadi wakil meminang bagus ni, penat kita jual beli pantun,” ujar seorang lagi wargamaya.

BACA: JAIS Sudah Arah Tangguh Semua Program Ceramah Agama Ustaz Don Di Negeri Selangor

@my.sembiring

ginilah kalo pelanggannya anak melayu.. mau bayar listrik pake pantun 🤣🤣🤣 #viral #fypシ #kontenlucu #anakmelayu #anaktanjungpura #ngakak #tiktok #videolucu #pantun

♬ suara asli – maya sembiring – maya sembiring

Kredit: @my.sembiring via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.